Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 20 Ogos 2011

Hacking yang dapat pahala


Ramai yang berpendapat bahawa perbuatan menggodam atau hacking adalah perbuatan yang salah dan tidak bermoral, tetapi ia bergantung kepada maqasid atau maksud tujuan perbuatan menggodam itu.

Sekiranya ia menyerang web yang menghina Allah dan Rasul, yang mempersendakan syariat serta web yang tak senonoh 18sx maka perbuatan itu tak salah, bermoral dan mendapat pahala yang besar lebih-lagi di bulan ramadan yang mulia ini.

Muslimah godam web hina nabi

DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.

Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.

Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.

Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.

Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu.

“Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,” katanya. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan