Sabtu, 20 Ogos 2011
Bagaimana mereka lolos masuk sempadan Malaysia?KDN GAGAL
Pendatang tanpa izin (dulu pendatang haram) (PATI) seramai 1.1 juta yang telah diputihkan, manakala lebih kurang 1 juta yang sah, dari 2 juta keseluruhannya, amboi banyaknya? itu belum lagi kira yang masih belum diputihkan atau yang tak mahu diputihkan, bayangkan sekiranya mereka ini tidak mempunyai pekerjaan kita bimbang akan berlaku gejala sosial yang dahsyat.
Yang peliknya mana perginya kementerian yang jaga sempadan tanahair dari bocor kepada pendatang? 1.1 juta bukannya sikit, Mana menteri KDN yang jaga Polis, Kastam, Imegresen, Marin, JPA, Rela dan lain-lain agensi kerajaan sepatutnya JAWAB? terbukti mereka ini gagal jaga kedaulatan negara dari dicerobohi.
Lagi satu mana perginya kementerian pertahanan dan menterinya, Tentera Udara, Tentera Laut yang ada kapal selam, Tentera Darat, janganlah buat tak tahu bila lebih 1.1 juta PATI ceroboh, mesti ambil tindakan.
Rasuahkah puncanya atau memang pendatang ni pandai ilmu silap mata sampai pasukan keselamatan kita tak nampak (baca buat-buat tak nampak)???
Lebih 2 Juta Pendatang Asing Sudah Mendaftar Program 6P, Kata Hishammuddin
KUALA LUMPUR: Seramai 2,040,709 orang pekerja sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah mendaftar untuk Program 6P setakat 8 pagi Khamis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata daripada jumlah itu, pekerja sah adalah seramai 936,732 orang manakala PATI berjumlah 1,103,977 orang.
Menurutnya angka itu di luar jangkaan kerajaan terutamanya ketika tempoh pendaftaran berikutan jumlah yang tinggi dalam masa singkat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan