Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 22 Ogos 2011

Al-Fatihah buat Azizi Abdullah



"Haji Azizi Abdullah, 69, novelis terkenal dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 26 Mac lalu untuk menjalani pembedahan jantung.

Beliau meninggal dunia pada hai ini jam 7.50 pagi tadi akibat komplikasi serangan kuman, kencing manis dan masalah buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor.

Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu di sini kira-kira 11.30 pagi.

Azizi, persara guru Pendidikan Islam, terkenal dengan novel "Seorang Tua di Kaki Gunung" ketika naskah itu dijadikan teks wajib sastera Tingkatan Lima kira-kira 20 tahun lepas.


Sebelum meninggal beliau turut menjalani rawatan buah pinggang di hospital yang sama dan berada di hospital selama enam bulan sebelum meninggal dunia. Isterinya Zubaidah Yusuff, 64, berkata ketika melawat Allahyarham di hospital semalam, Azizi berada dalam keadaan sihat walaupun lebih suka berehat dan tidur.

Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda.


Saya suka melihat Allahyarham sebagai blogger pengkritik yang berani dan tegas. Tulisan-tulisan beliau cukup menarik dan menyusup hati pembaca. Teguran-teguran beliau kepada kepimpinan utama PAS sangat bermakna. Beliau berjaya menegur Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam mana ramai pembaca yang begitu taksud dan jumud. Bukan sahaja Tuan Guru Nik Abdul Aziz, malah Presiden PAS sendiri juga di tegur oleh beliau.

Sukar mencari blogger yang membuat teguran kepimpinan melalui "tulisan hati", yang ramai hanya membuat persepsi buruk dan teguran yang liar dan serong semata-mata memangkan kumpulan yang dianuti. Menghiris kesetian kepada jamaah dan melunturkan persahabatan dan ukhwah.

Saya juga rasa terkilan, kewibawaan beliau dan kotmimetnya terhadap parti akhirnya terlantar begitu lama di hospital kerajaan kerana beliau adalah persara kerajaan guru pendidikan Islam yang tak berapa kupang nilainya.

Kedah mempunyai hospital swasta yang baik di bawah kerajaan negeri. Tak ada yang mengambil inisiatif untuk memberikan pekhidmatan kepada seorang yang banyak mengorban masa kepada parti. Kita yang hidup ini selaluinya lalai, tapi jika kita pula berada dalam situasi itu barulah kita akan merasai bertanpa pentingnya mengambil cakna kepada kumpulan veteran!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan