Dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, kita dianjurkan supaya banyakkan ibadat kerana pahalanya sungguh istimewa dilipatgandakan oleh Allah SWT.
Semasa berbelanja untuk juadah berbuka puasa pula, biarlah makanan yang seimbang, lagi baik masak sendiri jika ada kesempatan, janganlah nafsu menguasai diri sehingga berbelanja penuh satu meja, tiba waktu berbuka, makan kurma dan minum air dah kenyang, akhirnya makanan tadi dibuang menjelang waktu sahur kerana dah basi...kan itu membazir namanya. sebagaimana dalam Al-Quran:
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورً
Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]
Sesungguhnya pembazir-pembazir itu adalah Saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. [17:27]
Baru-baru ini, Akhbar Suara Keadilan 27 bertarikh 2 Ogos mendakwa bahawa Najib-Rosmah memboroskan duit rakyat sewenang-wenangnya. Antaranya ialah :-
1) Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta
2) Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta
3) Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 juta setahun
4) Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta
5) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam
6) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99
7) Cincin berlian - RM24 juta
8) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta
9) Gelang tangan - RM1.65 juta
Jika dakwaan di atas tidak benar kita minta Najib-Rosmah membuat penafian dan menyaman akhbar milik PKR ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan