Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 13 Ogos 2011

Blogger jahil!! Tak Dapat Bezakan Antara Al-Quran Dan Azan


Melalui blog Anak Sungai Derhaka yang memaparkan 'kealiman' blogger UMNO tentang Fatwa berkaitan Azan. Kasihan blogger UMNO ini yang dididik oleh UMNO tidak mengenali antara bacaan Al-Quran dan azan. "Bermula 3 ogos lalu, suara azan subuh tidak llagi berkumandang di seluruh Pulau Pinang". Begitu sedap ayat fitnah blogger tersebut.

Mesyuarat Majlis Fatwa Bilangan 2/2011, yang dipengerusikan Mufti Negeri Pulau Pinang kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun 2011 memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut Hukum Syara'.

Ini adalah antara pekeliling majlis fatwa tersebut. Kemusykilan saya, kenapa ada larangan ini dari majlis fatwa, adakah benar-benar mengganggu. Kalau mengganggu, cuba perlahankan. Hanya mereka yang lebih arif. Cuma ia dirasakan tidak 'best'.

Melalui kenyataan media, Pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri Sahibul Samahah Datuk Seri Haji Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulamak, professional agama, serta wakil daripada istana.

Kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa.

Jadi kepada blogger UMNO tersebut, belajarlah yang mana Al Quran, yang mana azan. Kalau malu belajar, belilah kaset atau cd, dengarlah secara lebih teliti supaya 'kealiman' anda tak diketawakan orang!!

P/s : Dalam Islam memang tak ada arahan buka keset baca Quran kuat-kuat guna pembesar suara, bukan juga dikira pahala sunnah kerana tak dibuat oleh Nabi SAW, yang kita bimbang ia terjerumus ke dalam amalan bid' ah iaitu menokok tambah dalam amalan beribadah. nauzubillah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan