Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 19 Ogos 2011

Barang Naik, rakyat makin tersepit


Tinggal di kota mahupun di desa, kemelut kenaikan harga barang menimpa seluruh rakyat, bil letrik naik, petrol naik, bil air naik (SAJ) sedangkan apa yang dirasai adalah sama seperti sebelum ini, kalau naik tetapi khidmat dan kualiti lebih baik tak apa, tetapi lebih teruk dari dulu.

Malaysiakini melaporkan bahawa indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Julai meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada 103.4, daripada 100.0 yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lalu, dan berbanding Jun 2011, ia meningkat 0.2 peratus.

Harga barang terus melambung, APA KERAJAAN BUAT?
Bagi tempoh Januari-Julai 2011, IHP mencatatkan kenaikan sebanyak 3.1 peratus kepada 102.7 berbanding 99.6 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

Indeks bagi Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan bagi Julai 2011, masing-masing menunjukkan kenaikan sebanyak 4.9 peratus dan 2.7 peratus berbanding bulan yang sama pada 2010.

Semua rakyat sedar bahawa harga barangan semakin melambung tinggi. Maknanya kerajaan yang ada sekarang gagal mengawal harga barang apa lagi untuk menurunkannya.


Rakyat seharusnya membuka mata dengan kegagalan dan kelemahan kerajaan dalam mengawal harga barang. Apa tunggu lagi tukar kerajaan pada PRU ke 13 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan