Rabu, 10 Ogos 2011
Dakwah Ikhwan tidak sembunyi-sembunyi lagi
Gerakan Islam tersohor Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Bana berpengkalan di Mesir telah mengadakan pemilihan jawatankuasa kerja secara terang-terangan melibatkan 100 calon yang akan dipilih oleh ahli terasnya.
Sejak kejatuhan regim Husni Mubarak yang mengharamkan pertubuhan ini dari pemerintah yang terdahulu, kini pemuka Ikhwan lebih menonjol di hadapan masyarakat bermula dengan tertubuhnya Parti Hurriya wa Adala (Kebebasan dan keadilan) yang sah.
Buku-buku fikrah ikhwan yang sukar ditemui kini berlambak dipasaran dan laris. Begitu juga lambang Ikhwan iaitu logo Al-Quran dengan pedang bersilang dijual merata dalam bentuk cenderahati seperti key-chain.
Moga terus subur dakwahmu dan dapat memenagi PRU September ini dan memerintah bumi Mesir dengan adil.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan