Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 7 Ogos 2011

Kaji sebab melayu Islam datang gereja


Kemelut yang tercetus atas tindakan JAIS yeng meyerbu (baca berkunjung sebab tiada satu pun pintu gereja yang pecah atau kopak) sepatutnya di lihat dari aspek yang bukan berbentuk sentimen agama dan anti PAS.

Jais dikatakan mengikut prosedur dari laporan yang diterima dan bertindak mengikut anekmen yang betul berdasarkan larangan agama lain menyebarkan dakwah kepada orang Islam.

Lebih keruh apabila semua media utama seperti TV dan akhbar meletupkan isu ini menjadi sensasi dan bersentimen dengan rata-rata berpihak kepada gereja yang menyatakan kenapa serbu padahal majlis itu hanya majlis jamuan makan dan memberi sumbangan thanksgiving kepada beberapa individu termasuk orang Islam.

Itulah niat kerja baik Jais dan Exco Agama dari PAS, Dr Hasan Ali kalau difikirkan semula telah dimanipulasikan menjadikan PAS sebagai bantal tinju.

Sepatutnya cermin besar perlu dibelek kepada diri sendiri sebelum bertindak, kena kaji mengapakah orang melayu Islam ini menghunjungi gereja? malahan sudah bertahun-tahun menerima sumbangan gereja, sampai beribu-ribu pula, ini tercetus akibat mereka ini dah puas memohon kepada beberapa pihak tetapi masih tidak dapat bantuan dari agensi orang islam sendiri. Buntu... lalu pihak messionary menawarkan jalan keluar, apalagi, ambil juga walaupun berat hati dan rasa bersalah.

Mana perginya duit dan bantuan dari Jais, Mais, Baitulmal, Kementerian Wanita dan keluarga, Jabatan Kebajikan dan lain lain pihak berkaitan. Janganlah lokek untuk menyalurkan sumbangan, kita patut malu dengan gereja yang menyediakan makan pakai dan belanja kepada orang islam yang merempat. Krisis makanan, kemelut ekonomi menjadi puncanya lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di bandar besar yang semuanya nak pakai duit.

Kemiskinan dan Kefakiran akan memudahkan seseorang itu terjerumus kepada kekufuran(Murtad)...jangan nanti kita dipersalahkan kerana cuai dari membantu saudara seagama sehingga mereka tercabut aqidah keimanannya...nauzubillah...

Kontroversi gereja : PAS berdepan ujian terbaharu

PAS berdepan ujian terbaharu berhubung isu hubungan antara agama melibatkan Kristian ekoran kontroversi tercetus selepas siasatan Jabatan Agama Islam Selangor, Jais ke atas sebuah gereja Metodis di Damansara, Selangor minggu lalu.

Di peringkat dalaman, PAS Selangor menyaksikan pertembungan antara bekas pesuruhjaya, Datuk Dr Hasan Ali dengan timbalan pesuruhjaya yang dilantik semula selepas muktamar, Khalid Abdul Samad.

Di peringkat nasional, PAS berdepan kempen negatif terbaharu pesaing politiknya, terutama Umno sekiranya parti Islam itu menunjukkan pendirian rasmi yang boleh dilihat sebagai apologetik atau tunduk kepada tuntutan politik pilihan raya.

PAS telahpun berada dalam kedudukan defensif ekoran laporan-laporan media propembangkang yang memberi tafsiran sangat negatif terhadap tindakan ke atas majlis di gereja itu, perkembangan yang sangat menguji pragmatisme parti berasas agama itu.

PAS sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-12 dikritik Umno sebagai tunduk kepada kepentingan politik pilihan raya untuk memenangi undi bukan Melayu dan kepada PKR dan DAP, dua lagi parti anggota Pakatan Rakyat.

Isu berkaitan Kristian semakin menjadi perhatian dalam politik negara kebelakangan ini, dan menjadi satu isu kritikal dalam pilihan raya Sarawak bulan April lalu.

Selain isu melibatkan Kristian, PAS juga dikritik secara berterusan oleh Umno berhubung isu penjualan arak, pusat hiburan, rumah urut dan pelbagai aktiviti maksiat di negeri-negeri ditadbir parti PR.

Terbaharu, PAS didakwa Umno sebagai tunduk kepada tekanan DAP di Kedah, berhubung sekatan operasi pusat hiburan pada bulan Ramadan.

Umno - yang menguasai kerajaan pusat tanpa sokongan kuat komponen bukan Melayu - walau bagaimanapun tidak memperlihatkan sikap yang jelas dalam isu-isu tersebut.

Parti utama gabungan Barisan Nasional itu turut bersikap pragmatik dengan pemimpin-pemimpin tertinggi mengelak daripada menyatakan pendirian jelas dalam isu terbabit.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri mohd Najib Abdul Razak mengadakan lawatan bertemu pemimpin agama Katolik dunia tidak lama dulu, sebagai satu usaha menarik sokongan Kristian dan minoriti agama menjelang pilihan raya umum.

Umno memperolehi peluang lebih luas untuk mengkritik PAS dalam isu berhubung kedudukan Islam selepas pilihan raya pada Mac 2008 apabila PAS dilihat sebagai berkompromi dalam hal-hal melibatkan hubungan antara agama dan kedudukan agama Islam.

Isu-isu melibatkan Kristian, seperti lawatan wakil rakyat PAS ke gereja, penggunaan kalimah Allah oleh Katolik dan pelbagai isu lain membuka peluang kepada Umno untuk meningkatkan kempen negatif terhadap PAS.

PAS memberi persetujuan bersyarat terhadap penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, pendirian yang dilihat sebagai berkompromi oleh sesetengah pihak, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Muslim dan sekumpulan ilmuan agama Islam berpengaruh.

Kontroversi terbaharu melibatkan Jais, yang didakwa melibatkan usaha memurtadkan orang Muslim menjadi bahan terbaharu untuk Umno menyerang PAS dan menjejaskan kredibiliti parti itu yang bersaing dengan Umno untuk undi Melayu-Muslim.

PAS juga dilihat berdepan cabaran untuk mengekalkan imej lebih liberal atau "progresif" dalam menangani pelbagai isu sensitif, terutama ketika kepimpinan tertinggi parti dikuasai golongan yang dinilai sebagai progresif selepas pemilihan muktamar lalu.

Perkembangan melibatkan kontroversi gereja di Selangor itu menjadi cabaran terbaharu terhadap PAS menjelang pilihan raya umum akan datang. Cabaran ini, yang menyentuh politik dalaman dan nasional PAS, menambahkan lagi isu kritikal yang akan perlu ditangani dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan