Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 4 Ogos 2011

Jom edar risalah jadual berbuka dan imsak Ramadan







Sempena Ramadan, poster waktu berbuka dan imsak telah diedarkan di sekitar Simpang Renggam, Kluang dan T6, kena cepat edarkan sebab ramai yang tercari-cari jadual waktu berbuka tersebut memandangkan Jabatan Agama Johor tak mengedarkan kepada orang ramai, hanya masjid besar yang ada cetakan berwarna, yang lain hanya fotokopi, itu pun tak semua qariah yang dapat.

Jadi khidmat mengedarkan jadual beserta zikir dan doa yang diamalkan sempena Ramadan ini sangat dihajati oleh masyarakat. Edaran di kedai runcit, bazar Ramadan, masjid dan surau serta sekolah amat laris. Poster warna tebal yang menarik ini berjaya mencuit hati masyarakat untuk menyimpan dan menampalkan di dinding rumah masing-masing. termia kasih kepada penyumbang poster bro Ikram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan