Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 10 Ogos 2011

Kali ni apa pula alasan Nazri?











Kantoi : Lagi pengundi bertindih dikesan dalam daftar pemilih SPR

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan kewujudan beberapa lagi pengundi bertindih di parlimen itu.

Menurut Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, carian pihaknya mendapati terdapat beberapa individu yang mempunyai nama yang sama dalam daftar pemilih SPR.

Ada beberapa individu mempunyai 1 kad pengenalan lama tetapi memiliki dua pengenalan baru yang sama, nama yang sama dan mengundi di dua parlimen yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau memberi contoh nama seperti SA’AD BIN SAMSUDIN, yang memiliki no kad pengenalan lama iaitu 1479323.

Kad pengenalan barunya pula adalah 380913105681 dan 510913105553. Beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.

Contoh kedua, terdapat seorang wanita yang memiliki kad pengenalan lama yang sama iaitu 4802777, tetapi memiliki kad pengenalan baru berbeza iaitu 550620055800 dan 560620055412.

Beliau bernama SHODAH BINTI ABDUL RAHMAN dan mempunyai kelayakan mengundi dua kali di Parlimen Titiwangsa.

Contoh ketiga, seorang lelaki bernama MOHAMAD BIN ISMAIL, memiliki kad pengenalan lama 8370614 dan dua kad pengenalan baru, iaitu 540405025757 dan 540405025095 dan memilik hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Titiwangsa.

Contoh keempat melibatkan seorang lelaki bernama ANDERSON A/L P ARPUTHANATHAN. Yang memilik kad penganalan lama yang sama iaitu A0831847 dan dua kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 671117106499 dan 671117105963.

Beliau mempunyai hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.
Manakala contoh kelima pula seorang pemegang kad pengenalan lama yang sama iaitu 7877951, dan mempunyai kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 491006045672 dan 491006015094.

Pengundi perempuan ini bernama CHELLAMAH A/P MURUGESU boleh mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.

Menurut Suhaimi, dengan lima contoh yang didedahkan ini, cukup untuk membuktikan bahawa terdapat usaha untuk membolehkan seorang pengundi mengundi lebih dari dua kali.

Lebih dari itu, ia membuktikan bahawa usaha ini berjalan secara terancang di seluruh negara,” kata beliau.


Justeru pihaknya mempersoalkan bagaimana JPN boleh mendaftarkan kad pengenalan lama yang sama serta mempunyai nama yang sama untuk dua individu yang berbeza.

“Atau mungkinkah ia individu yang sama yang mempunyai dua kad pengenalan baru yang berbeza? Bagaimana pula SPR boleh menerima sahaja kesalahan ini tanpa tapisan yang betul terhadap senarai nama yang dibekalkan,” ujar beliau.

Katanya, DPPK Titiwangsa mendesak agar kesemua nama ini dikeluarkan segera dari maklumat data Pemilih di parlimen Titiwangsa.

“DPPK Titiwangsa juga mendesak agar JPN menyiasat identiti kesemua individu yang didedahkan ini dan menarik balik kad pengenalan yang dikeluarkan lebih dari satu untuk seorang,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan