Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 25 Ogos 2011

'makan lewat malam' tak boleh menggantikan sahur




Hidupkan Sunnah Bersahur



Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, malam ini malam ke 25, maknanya lagi 4 hari kita akan menyambut aidilfitri.

Al maklum dihujung ramadan ini ramai yang dah malas nak bersahur, maka sibuk buat kuih, makan kuih dan rasa perut masih kekenyangan menjelang waktu sahur. Akhirnya ramai yang meninggalkan sunnah bersahur.


Bersahur perkara sunat yang dituntut semasa memulakan "saum"@ puasa. Berdasarkan sebuah hadis Imam Muslim meriwayatkan : " Beza di antara puasa umat Islam dan puasa ahli kitab ialah kita disyariatkan (disunatkan) bersahur"

Hadis riwayat al-Bukhari dan Imam Muslim: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Bersahurlah sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"

Ibn Hajar as-Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari berkata,keberkatan melalui sahur diperolehi kerana beberapa perkara iaitu:

* mengikut Sunnah Rasulullah SAW
* tidak menyamai ahli kitab
* menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
* mengelakkan akhlak yang buruk kerana lapar
* menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana
waktu itu (sahur)sangat mustajab
* dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur

Maka rebutlah keberkatan berpuasa dengan bersahur. Dengan bersahur menepati kehendak Islam disamping dapat menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Jika kita mengatakan bersahur sebelum tidur malam dengan alasan tidak mahu bangun untuk "bersahur"...sesungguhnya ia bukan "sahur" namanya...tetapi "supper"@ (makan lewat malam).

Rebutlah juga keberkatan bersahur dengan melewatkan waktu bersahur.


Rujukan : Majalah SOLUSI -isu no:22
Ruangan : HADIS oleh Ustaz Syed Mohd.Norhisyam b. Tuan Padang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan