Harga gula naik lagi, dulu Raja Gula disandang oleh Tan Sri Robert Kuok, rasanya harga gula tak naik macam sekarang, kali ini Felda nak jadi macam Maharaja Gula pula, ingatkan bila melayu yang jaga gula, maka harga semakin rendah tetapi sebaliknya makin melambung.
Betul cakap seorang pemborong cina yang ana jumpa katanya "kalau melayu jaga gula gelenti halaga gula mesti naik punya". masa tu ana tak percaya, tetapi sekarang percaya. Memang Melayu kroni ini kapitalis yang tak boleh diharap, hampeh!!
Bebaskan pasaran gula dari monopoli kroni- SAMM
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda malaysia (SAMM) mendesak supaya industri gula di negara ini dibuka dari monopoli kelompok tertentu yang hanya menguntungkan kroni dan syarikat korporat besar.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa semalam, menghimpit peniaga kecil dan seterusnya membebankan golongan pengguna.
“Bagi kenaikan kali ini, regim (pemerintah) hanya boleh menjimatkan RM 116.6 juta sahaja. Apalah nilai ini jika dibandingkan dengan kes-kes ketirisan, rasuah dan wang negara hilang yang dilaporkan.
“Sebenarnya sedikit sahaja wang boleh diselamatkan tidak berbaloi dengan nilai pertambahan kesukaran hidup rakyat. Persoalan lain ke mana wang penjimatan subsidi ini disalurkan,” ujarnya yang lebih mesra dengan panggilan Chegu Bard.
Menurut Badrul, subsidi merupakan hak rakyat di negara ini seperti mana subsidi minyak seharusnya diberikan kepada rakyat, hasil keuntungan petroleum yang merupakan anugerah dari hasil bumi.
Namun katanya, kenaikan terbaru harga gula itu jelas menunjukkan rejim pimpinan Umno-BN tidak lagi mampu menampung RM116.6 juta sebagai tanggungjawab untuk memberikan subsidi kepada rakyat.
Tegasnya, langkah kenaikan sedikit demi sedikit itu akan dilakukan sehingga rakyat lali dan terbiasa dengan kenaikan tersebut.
“Ini diakui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, yang mengatakan dalam kenyataan pengumuman kenaikan harga gula dengan mengatakan langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat.
“Seperti biasa teknik yang sama ‘membodohkan rakyat’ ialah dengan membandingkan dengan negara jiran. Walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina,” ujarnya.
Semalam, kerajaan digesa mengumumkan jumlah transaksi pembelian Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok.
Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, pembelian itu dilakukan menerusi anak syarikat Felda, iaitu Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH).
Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, selari kenaikan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).
Kenaikan yang dikenali sebagai “4-dalam-1″ itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.
Sebelum itu, berlaku juga kenaikan “5-dalam-1 yang turut membabitkan harga gula, dua gred pretrol, diesel dan gas, pada 15 Julai tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan