Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 17 Ogos 2011

Bersih bukan wakil rakyat...apa punya alasan, kau tu pon bukan wakil rakyat

NONE







Terlebih UMNO : SPR bantah BERSIH 2.0 diwakili dalam JK khas

Timbalan Pengerusi Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyarankan kepada kerajaan supaya menolak penyertaan BERSIH 2.0 dalam Jawatankuasa Khas Parlimen untuk tujuan pembaharuan terhadap sistem pilihan raya negara.

Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, Wan Ahmad berkata jawatankuasa berkenaan sepatutnya hanya dianggotai oleh wakil rakyat yang mewakili parti politik masing-masing .

Sehubungan itu, katanya cadangan PKR supaya NGO terutama gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) dilibatkan dalam jawatankuasa itu tidak dapat diterima.

Ini kerana agenda utama yang dibincangkan adalah mengenai urusan pilihan raya untuk memberi kepuasan kepada parti politik yang bertanding.

"Lebih baik hanya wakil rakyat yang dipilih rakyat menganggotai jawatankuasa itu supaya tidak ada campur tangan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan