Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 30 Disember 2011

Pendaftaran Pelajar sesi 2012 Madrasah Al-Masriyah





Simpang Renggam : Madrasah Al Masriyah ataupun nama asalnya Darul Dakwah Wal Irsyad adalah sebuah Sekolah Menengah Arab swasta yang ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Tuan Guru Hj. Mohd Tahir Daeng Mengati.

Beliau adalah seorang bekas guru Madrasah Arabiah Kluang dan Madrasah Arabiah Bugisiah Tampok, Benut. Beliau menubuhkan Madrasah Al Masriyah bersama beberapa rakan.

Madrasah Al Masriyah terletak di dalam kawasan ladang kelapa sawit sejauh 2 kilometer dari jalan utama Batu 40 Jalan Johor - Air Hitam. Keluasannya merangkumi 5 ekar.

Sehingga sekarang, Madrasah ini telah berjaya melahirkan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi, dalam dan luar negara seperti Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain.

Menurut kata Mudir Madrasah Al-Masriyah Al-Fadzil Ustaz Abdullah Husin pendaftaran sesi persekolahan 2012 masih dibuka kepada pelajar. Ibu bapa dan penjaga yang berminat boleh datang sendiri ke Madrasah Masriyah ini bertemu dengan guru bertugas.

Asrama pelajar muslimin dan muslimat disediakan untuk semua pelajar yang mendaftar dan sesi persekolahan sesi 2012 bermula pada 4 Januari 2012 hari Rabu.

PS : Segera mendaftar, asrama terhad, aliran Tahfiz, Arab dan Akademik sebagai pilihan. No telefon Mudir 0137771700. PS bertugas di sana sebagai guru akademik.

2 ulasan:

  1. kalau x ambil aliran arab pun boleh masuk?? andaikata yang form 3 nak masuk untuk form 4 tapi tak ambil aliran arab.. boleh ke??

    BalasPadam
  2. Subjek boleh runding, ambil SPM nanti masukkan subjek Tasawwur, Syariah, Quran Sunnah dan B Arab supaya mantap (subjek sedia ada dalam silibus SPM)

    BalasPadam