Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 4 Disember 2011

Ramly Halal lagi selamat dimakan

logo syarikat  ramly

Setelah saya post kan entri bertajuk “AWAS! Hot Dog Ramly Ada DNA Babi??” dalam blog ini semalam, saya menerima banyak email dan komen dari para pembaca. Ramai yang ingin mengetahui kesahihannya.

Ada pembaca yang begitu emosional dalam hal ini. Tapi tak kurang juga yang bijak dan berhemah dalam memberikan pandangan. Apapun, saya hormati pandangan dan komen anda semua.

Saya melihat respon yang diberikan dalam isu ini dari sudut yang positif. Ini menunjukkan masyarakat dan pengguna sekarang ini semakin prihatin tentang soal halal haram ni. Alhamdulillah, pada saya ini satu perkembangan yang baik.

Pada awalnya, sebelum saya post kan entri AWAS! Hot Dog Ramly Ada DNA Babi?? semalam, saya berasa ragu-ragu juga. Saya bimbang ianya akan menjadi fitnah dan mengakibatkan ada pihak yang akan teraniaya.


Tapi atas dasar prihatin dan memikirkan hak-hak pengguna, maka saya post kan juga artikel tersebut. Demi Allah, tidak terdetik pun di hati saya untuk memburuk-burukkan atau memfitnah syarikat Ramly. Tapi tujuan artikel tersebut ditulis ialah supaya pihak yang berkenaan dapat ambil perhatian dan memberikan penjelasan tentang perkara ini. Saya lihat begitu banyak kecelaruan yang timbul dikalangan rakan-rakan facebook saya mengenai isu DNA babi ini disebabkan tiadanya penjelasan daripada pihak yang berkenaan.

Beberapa ketika, setelah artikel tersebut di ‘publish’ kan, akhirnya PakarHowTo.Com telah mendapat maklumbalas dari pihak Syarikat Ramly. Saya juga telah menelefon pihak Syarikat Ramly dan bercakap sendiri dengan Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (Bahagian Hal Ehwal Islam & Halal, Ramly Food Processing Sdn Bhd) bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Alhamdulillah, Ustaz Rafizie telah memberikan penerangan dengan jelas berkenaan perkara ini. Beliau juga telah menghantar beberapa dokumen sokongan (melalui email) kepada saya sebagai rujukan lanjut.

Anda boleh DOWNLOAD jawapan berserta dokumen sokongan yang diberikan oleh Syarikat Ramly berkenaan isu ini DI SINI.

penjelasan dari syarikat ramly

Saya harap dengan penjelasan yang diberikan itu, dapat merungkaikan kekusutan dan mencerahkan kekeliruan yang timbul tentang isu DNA babi ini.

Baca , teliti dan buatlah penilaian dengan adil dan bijaksana. Download penjelasan di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan