Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Sabtu, 24 Disember 2011

Jom Sebar Penerangan Ikut Kaedah Baru

Apple I Phone 4 s

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh0sJStPUhmRl1fd511c2Z8I4rYcq3cqqh-uhM_d3FEhqEROKtqV5s2RnX4LN7ZTLN65tHNQ-btmxK_Rgu2-5JiYouPQlHaoUQe8WYUBFcotaLrKgBC-pwqQUUBfykj3vqDdQZVPLF6bA2p/s1600/title_new_media.jpgMengurus kempen pengundi era media baru


Oleh Wan Nik Wan Yussof
MESKIPUN banyak pihak sudah mengambil maklum akan pentingnya peranan media baru dalam kempen plihan raya, masih berlaku sikap sambil lewa di kalangan pengurus kempen PAS dalam memanfaatkan ruang kempen media baru.

Justeru tidak berlaku secara terancang dari segi menggunakan kepantasan maklumat era digital untuk memberi maklumat kepada pengundi.

Kelebihan era “24 hours news cycle” yang menyaksikan informasi yang bersimpang siur tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.


Paling mudah diukur ialah sikap lewa pengurus kempen PAS, antaranya dari segi sejauh mana memanfaatkan telefon bimbit yang sentiasa di sisi itu sebagai alat penggempur maklumat.

Pengurus kempen PAS didapati tidak memberi tumpuan serius, terutama dari segi melengkapkan profil pengundi sasar dengan nombor telefon bimbit, gagal memanfaatkan SMS berkelompok dan online SMS. Agak minimum pula menggunakan SMS bergambar (multimedia message) atau pemberitahuan secara twitter.

Penilaian yang dapat dibuat ialah aplikasi penghubung (social communication) yang diprogram dalam telefon telah tidak diguna secara bijak.

Sementara banyak wang (harga bil) dan masa telah digunakan untuk bersembang.
Walaupun sembang itu salah satu komunikasi berkesan, ia bukan menjadi rekod ingatan yang tersimpan di dalam peranti peti simpanan. Ia berbeza dengan sistem SMS (bertaip dan bergambar) yang tersimpan mengikut kemahuan pengguna.

Justeru kesan dan keuntungan dari segi masa antara bersembang dengan sistem pesanan ringkas (SMS) itu lebih sesuai dan berhasil lumayan (high impact). Maka dalam konteks kempen, matlamatnya adalah memberi peringatan (reminder) dan info kepada pengundi atas sesuatu isu.

Logiklah, setiap pengurus kempen PAS dapat merancang suatu amalan “24 hours news cycle” berasaskan media baru. Suatu amalan yang mesra dalam menyebar dan mendapat informasi. Ia pastinya melengkapkan sistem pelaporan dan respon informasi kepada pengundi. Sekaligus memberi panduan untuk pengundi bersifat sensitif dan bereaksi secara positif dengan mesej perjuangan PAS.

Persiapan perang media Apa yang diterangkan di atas adalah sebahagian daripada peranti komunikasi (merujuk kepada telefon bimbit) yang paling rapat dan majoriti dipakai oleh pengurus kempen PAS dan para pengundi. Apa pun dalam konteks pengurusan media, penggunaan telefon bimbit harus diperkasakan lagi dengan pengurusan perang media yang dijana oleh teknologi maklumat internet atau komunikasi maya.

Justeru setiap pengurus kempen PAS hendaklah turut menguasai dan berkuasa mencorakkan maklumat internet menerusi pelbagai jaringan komunikasi maya bersifat laman sosial seperti blog dan facebook serta twitter.

Kesemua laman sosial ini boleh dicapai secara mudah oleh setiap pengguna telefon bimbit, kerana pelbagai peranti telefon bimbit sekarang sudah dilengkapi dengan aplikasi sistem laman sosial. Sementelah pula, budaya pengguna peranti komunikasi (termasuk kalangan pengurus kempen PAS) sekarang sedang berkembang ke arah penggunaan dwi-fungsi peranti atau dua-dalamsatu, iaitu telefon dan iPad.

Kecanggihan peranti yang seharusnya dapat dimanfaatkan secara maksimum oleh pengurus kempen PAS demi memakmurkan kempen pilihan raya pascaledakan maklumat internet.

Kempen menerusi telefon Mengambil peluang pengguna telefon bimbit di Malaysia kini sekitar 15 juta orang (daripada 28,908,795 orang) sudah tentu kempen media/isu menerusi peranti ini boleh memberi nilaian positif yang meyakinkan. Tinggal lagi, sejauh manakah usaha dan upaya itu dapat dilaksanakan?

Di sinilah peri pentingnya pendekataan perang media dirancang dengan kemas dan berstrategi. Apakah pengurus kempen PAS bersedia atau sudah melaksanakan?

Menyelesaikan persoalan ini, pihak jentera kempen PAS pertamanya perlu melatih dan membiasakan para pengurus kempen dengan budaya bestari perang media (smart culture of the media war). Ia bermaksud, suatu perancangan strategik berasaskan maklumat dengan teknik dan taktik serangan berorientasikan media baru. Ia perlu bermula dengan tindakan melengkapkan profail pengundi yang akses media baru.

Keduanya, pengurusan pasukan kempen PAS hendaklah mampu menyediakan medium dan bahan atau isu untuk disampaikan kepada pengundi menerusi peranti seperti telefon bimbit, mahupun iPad.

Ia memerlukan simulasi isu berupa agenda setting. Misalnya isu korupsi, kronisme dan nepotisme Umno yang terjelma melalui ‘politik lembu’ NFC boleh dijadikan modal awal untuk di- SMS-kan.

Selepas itu, diikuti dengan isu berikutnya. Antaranya isu isteri PM yang suka bergaya sebagai First Lady, dan isu-isu yang seterusnya. Apa yang penting penyediaan agenda setting secara berterusan sehingga pilihan raya adalah teknik penting untuk disesuaikan dengan penggunaan peranti telefon bimbit.

Akhirnya yang ketiga perlu diwujudkan pasukan penilai dan penarafan hasil atas kempen menerusi telefon bimbit. Penilaian adalah penting untuk penarafan setiap respons pengundi, apakah sikap pengundi bersetuju atau menolak isu-isu yang dibangkitkan? Atau, apakah sesuatu isu yang dibangkitkan oleh PAS mendapat sambutan popular di sisi pengundi atau sebaliknya.

Justeru itu, pendekatan kempen media baru seumpama pendekatan SMS telefon bimbit adalah salah satu teknik dan taktik untuk menguji peluang PAS sama ada menang atau sebaliknya. Ia suatu medium sosial yang memberi kesan politik serta establishment politik baru yang semestinya dimanfaatkan oleh pengurus kempen PAS.

» Penulis adalah Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan.

PS : Jangan malas tulis di Blog, FB, Twiter ,sms untuk banjirkan maklumat bagi memenangkan Islam dan rakyat tolak pemerintahan yang zalim dan rasuah, kalau malas sangat, salin dan tampal pun tak mengapa asalkan maklumat melimpah-limpah dan mudah muncul dalam enjin carian.

Berapa lama anda tak kemaskini blog dan FB?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan