Umno gagal dapat sokongan kaum Tionghoa
SUDAH jelas sekarang bahawa Umno telah gagal meraih sokongan kaum Tionghoa. Oleh itu tidak hairanlah apabila dalam Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember lalu, pemimpin-pemimpin Umno telah melemparkan bermacam-macam tohmahan terhadap DAP dan kaum Tionghoa sebagai satu kumpulan yang mempunyai niat untuk menjatuhkan bangsa Melayu
Umno sedar bahawa sudah terlalu lambat untuk mendapat sokongan kaum Tionghoa dan justeru itu Umno pun membuat keputusan muktamad untuk menghukum kaum Tionghoa secara besar-besaran demi meraih sokongan Melayu dengan sepenuhnya.
Setelah selesai Perhimpunan Agung Umno, ada pemerhati politik kaum Tionghoa yang berpendapat bahawa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kebarangkalian tinggi akan diadakan pada bulan Februari tahun depan.
Ini adalah kerana selepas cuti kaum Tionghoa telah digunakan untuk pulang ke kampung halaman atau negeri kediaman masing-masing untuk merayakan Tahun Baru Cina, mereka tidak mempunyai cuti lagi untuk pulang mengundi dan ini bakal akan mengurangkan jumlah undi daripada kaum Tionghoa yang sudah jelas tidak lagi menyokong BN.
Malah sejak dari awal bulan Oktober lalu, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming daripada DAP telah berkata bahawa PRU13 akan diadakan pada bulan Februari tahun depan.
Sebab-sebab yang diberi oleh Nga adalah kerana dalam bulan Februari feel good factor masih lagi ada dalam jiwa sanubari rakyat setelah gula-gula diagihkan dalam bulan Januari.
Pada bulan Mac, feel good factor ini akan hilang daripada ingatan. Nga berpendapat Perdana Menteri, Najib Tun Razak akan mengadakan PRU sedekat-dekat yang mungkin dengan tarikh pengagihan gula-gula dalam bulan Januari dan oleh itu bulan Februari adalah paling sesuai.
Selain dari itu, mood orang Cina dalam Februari masih baik lagi kerana Tahun Baru Cina biasanya akan dirayakan untuk sebulan. (Pada tahun 2012 Tahun Baru Cina jatuh pada 23 Januari.
Memandangkan Umno tiada harapan lagi untuk mendapat sokongan padu daripada kaum Tionghoa, adalah tidak menghairankan jika Najib akan menggunakan satu strategi untuk mengurangkan jumlah undi daripada kaum ini. Najib pun tahu bahawa MCA dan Gerakan pun tiada upaya untuk mendapat sokongan kaum Tionghoa.
Oleh itu, Umno telah bertekad untuk memberi tumpuan 100 peratus kepada pengundi Melayu dengan mempamerkan kelakuan yang ultra sambil memainkan sentimen perkauman.
Namun demikian kelakuan Umno yang keterlaluan ini mungkin akan membawa kesan yang buruk kepada negara apabila pelabur asing hilang keyakinan dengan hala tuju negara. Pemimpin-pemimpin Umno harus menghentikan permainan politik yang berbahaya ini tetapi jika mereka masih lagi ingin meneruskannya, ia menunjukkan bahawa slogan 1Malaysia bolehlah dibuang ke dalam tong sampah.
Dari sini dapat dilihat bahawa perjuangan Umno adalah perjuangan untuk mengekalkan kuasa puak-puak dan konco-konco mereka. Pakatan Rakyat berjuang untuk rakyat dengan prinsip tahaluf siyasi yang telus dan tulen.
PS : Umno tidak ikhlas, pura-pura dan temberang untuk kepentingan keluarga dan kroni , tipu dah 12 kali PRaya, mesti beri pukulan maut kali ini, tukar saja, asal bukan Umno
PS : Umno tidak ikhlas, pura-pura dan temberang untuk kepentingan keluarga dan kroni , tipu dah 12 kali PRaya, mesti beri pukulan maut kali ini, tukar saja, asal bukan Umno
Tiada ulasan:
Catat Ulasan