Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 9 Disember 2011

Penyanyi lagu 'PM Kita' kena samun

ND Lala dikepung 10 Mat rempit, cermin kereta dipecahkan

KUALA LUMPUR: “Sukar digambarkan perasaan saya ketika lebih 10 Mat Rempit mengelilingi dan mengepung kereta dengan motosikal mereka sambil menjerit mengarahkan saya keluar.

“Ketika cermin kereta dipecahkan, saya menunduk dan menutup muka dengan tangan kerana takut dicederakan mereka.”

Demikian kata penyanyi dan pelakon, ND Lala ketika menceritakan kejadian dia disamun manakala kereta BMW miliknya dirosakkan sekumpulan Mat Rempit di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, di sini, awal pagi semalam.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebelum kejadian pada jam 3.40 pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras selepas berjumpa prospek bagi menerangkan mengenai kursus perniagaan dianjurkannya.

PS : Modus operandinya mula pancitkan tayar masa kereta pakir, pastu ada orang (komplot dia) tegur tayar pancit, dekat dengan stesen minyak, lalu isi angin dan terus dikepung dan disamun, mungkin bukan mat rempit tetapi memang penyamun tegar yang sebenar. Nasihat PS supaya hati-hati selepas pukul 12 malam. Segera laksana hudud...jenayah bermaharaja lela...

ALBUM PM KITA DILANCAR -meloya

Selari dengan konsep serta semangat satu Malaysia, Rais Yatim hari ini melancarkan album PM Kita hasil ciptaan penyanyi, ND Lala.

Rais berkata, album tersebut yang diterbitkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di bawah kementeriannya itu bertujuan memberi kesedaran dan semangat patriotik serta cintakan negara di kalangan generasi muda.

Album edisi khas yang dikeluarkan ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah itu juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda dalam menghormati pemimpin.

"Selain itu, album ini juga merupakan hiburan santai yang memuatkan mesej pembangunan negara serta semangat bersatu padu antara kaum," kata Rais pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan