Apa komen Najib pasai SPR setuju dakwat kekal ni?
Malaysiakini melaporkan:
Dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum Kk-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.Nampak gayanya, Umno BN melalui SPR sebagai balachi utama terpaksa jugak menggunakan dakwat kekal untuk PRU13 nanti.
Katanya, penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakanoleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.
“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.
“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.
“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” kata Wan Ahmad dipetik Berita Harian hari ini. - Mkini.
Mungkin depa dah takdak alasan kukuh tak gunakan dakwat kekal untuk lawan desakan yang cukup kuat dari rakyat.
SPR memang la kalau boleh takmau nampak sangat menyebelahi Umno BN walaupun selama ni memang macam jelas macam tu. Paling kurang pun sekali sekala SPR nak jugak nampak macam akur dengan kehendak rakyat.
Yang aku mushkilnya pasai apa SPR masih nak minta pandangan Majlis Fatwa padahal majlis fatwa katanya dah pun bagi kelulusan. Kalau pun Majlis Fatwa belum keluarkan fatwa, apa yang susah sangat. Takkan Jamil Khair sebagai Menteri di Jabatan Perdana menteri yang jaga hal ehwal agama tak boleh suruh majlis Fatwa bersidang dan keluarkan fatwa pasai isu ni.
Takkan susah sangat kut?
Macam tu jugak pasai isu bahan kimia terlarang. Apa masalahnya. Cari la dakwat kekal yang tak guna bahan kimia terlarang. Takkan kut dengan teknologi kimia yang cukup canggih sekarang ni takdak yang boleh buat dakwat kekal tak guna bahan kimia terlarang.
Takkan la kerja mudah untuk semak kandungan dakwat kekal tu pun nak dijadikan alasan. Takkan sirim takdak teknologi tu, takkan Universiti yang belambak kat malaysia ni takdak makmal yang boleh buat kerja tu. Kalau betul takdak makmal kat Malaysia apa masalahnya hantar makmal luar negara.
Cumanya, dalam isu dakwat kekal ni aku belum pernah nampak komen dari Najib sebagai Perdana menteri merangkap Presiden Umno. Aku harap ada wartawan yang tanya Najib isu ni. Kalau boleh desak Najib nyatakan pendirian peribadi dia pasai isu dakwat kekal ni.
Kalau takat SPR saja yang kata nak guna dakwat kekal tak tentu lagi dakwat kekal tu akan digunakan. kecuali la kalau Najib sendiri yang sahkan dakwat kekal akan digunakan. Klau Najib sendiri bagi jaminan baru boleh nak percaya.
source: http://cenangau.blogspot.com/2011/12/apa-komen-najib-pasai-spr-setuju-dakwat.html#ixzz1ftT0jdMJ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan