Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 18 Disember 2011

Fahami Krisis Zon Eropah (Ekonomi Barat Terlungkup)



EURO ZONE CRISIS

Pada hari sabtu,10 hb Disember 2011,satu peristiwa besar telah berlaku di Brussels yang akan mempunyai kesan yang berganda kepada keadaan geopolitik Asia dan seterus para penggerak masyarakat di Malaysia..Dua puluh enam buah negara Eropah telah bersetuju untuk menanda tangani satu perjanjian baru menyelamatkan mereka dari satu keadaan Sovereign Debt Crisis yang meruncing.United Kingdom yang berada dalam zon ini telah tidak mahu bersama dalam pakatan baru kerana PM berhujjah ia merugikan Britain.

Perlu diingatkan bahawa krisis ini bermula di Eropah pada tahun 2008 di Ireland. Kerajaan Dublin akhirnya tumbang dan bermulalah satu proses pemulihan ekonomi. Tetapi ini tidak berhenti di situ bagi Eropah kerana 4 negara lain turut menghadapi krisis yang sama , yaitu Portugal, Sepanyol, Greece dan Itali. Sebagai satu blok, bank pusat Eropah terpaksa mengeluarkan E 750 billion pada tahun 2008 untuk mengadakan bailout kewangan.

Kini krisis ini semakin memuncak dengan keadaan terbaharu dengan tersingkirnya PM Greece dan Itali pada awal bulan November 2011 dan kerajaan Sosialis Sepanyol kalah dalam PRU. Kesannya amat besar sekali kerana adanya kejatuhan harga saham, kerajaan tumbang,penggangguran meningkat , indeks industri merosot dan pasaran bond yang tidak menentu.Kesan pergandaan akan berlaku dan mengena Asia di antara 3 - 6 bulan dari skrg.

KESAN TERHADAP ASIA

Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat kini yang juga bermasalah ,krisis ekonomi Eropah adalah satu mimpi ngeri untuk Asia.Barangan keluaran industri Asia sebahagian besarnya adalah untuk pasaran Eropah dan Amerika. Walaupun kedudukan Krisis Kewangan Asia 97/98 bukan akan berulang , tempias dari bahang ekonomi global cukup menakutkan. Obama pun tidak mampu bantu Eropah kerana ia menghadapi tentangan yang hebat dari calon-calon Republikan, tahun 2012 adalah Presidential Election Year

PRU 1999 di Malaysia telah menggugat sedikit sebanyak kerajaan Dr Mahathir pada masa itu.Sekali lagi, kenaikan harga barangan dan minyak petrol yang mencecah USD 120 satu tong telah memberi kesan besar Kerajaan BN pimpinan Pak Lah pada tahun 2008 dalam PRU 12..Sayugia di ingatkan bahawa kerajaan PAP Singapura juga mengalalami keputusan terburuk dalam sejarah apabila undi polpular mereka menurun kebawah dari 60% dalam pilihanraya umum pada awal tahun 2011.


NAJIB DAN PRU 13

Fenomena luar biasa Arab Spring telah banyak memberi kesan terhadap diktator sedunia, negara yang kurang demokratik ( akhirnya beri duit rm 500 sekeluarga pun tak cukup) dan yang di lihat sebagai negara-negara yang mengamalkan winner-take-all. Terbaharu dan cukup mengejutkan adalah yang berberlaku di Russia dimana rakyat keluar beramai-ramai memprotes terhadap Putin kerana PRU yang tidak adil. Gorbachov ( Presiden Rusia terakhir dalam sistem Komunis) pun menyeru agar PRU di ulangi.

Soalannya pergolakan yang masih berlaku di Syria, Bahrain dan Yemen membuat rakyat di Malaysia dan seluruh dunia berfikir .. only one group of people's opinion is correct is not right anymore. Apatah lagi, disebaliknya kekayaan negara yang bernilai berbillionlah yang sebenarnya yang menjadi rebutan.

Perhimpunan UMNO yang baru berakhir baru-baru ini adalah satu wadah untuk Najib menilai akan kesediaan UMNO menghadapi PRU 13. Amaran keras telah diberikan kepada ahli yang bakal ingkar akan pilihan calon Najib, mereka ini merupakan all the President's men yang akan mengukuhkan PM.Sebenarnya UMNO menghadapi masaalah sebab sejak berzaman, perjuangan yang sebenarnya adalah untuk mengkayakan diri sendiri,....it's all about money, not even about Malay Nationalism, ... jauh sekali untuk Islam, kalau ya untuk Islam, dah ramai orang UMNO atau bini mereka yang pulang dari Haji mulai pakai tudung !!!!!!!!!

AH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan