Sabtu, 12 Februari 2011
Mesyuarat yang meletihkan
Mesyuarat di sekolah bermula pukul 9.30 pagi tadi tanpa notis dan tamat 12.30 tengahari, menyebabkan perut pedih sebab belum menjamah apa-apa pagi ini.
Naik tengahari kepala dah pening lalat dan rasa macam nak muntah sebab perut kosong. Nasi lemak dah beli pagi tadi sebelum masuk madrasah tetapi tak sempat makan, dah pening mana boleh makan, kalau makan pun biasanya akan termuntah sebab angin perut kosong dah naik kepala.
Tak mengharap jamuan masa mesyuarat tetapi kalu ada kuih dan air panas untuk mengalas perut pun dah kira bagus juga. Tambah pening bila agenda yang dibincangkan sepatutnya dah selesai sebelum sesi buka sekolah lagi, dan tak perlu diulang-ulang.
Apapun sebagai guru kena terima hakikat dan cabaran mengajar di sar ni memang perlu komitmen dan kesabaran. Tak perlu menuding jari mencari kesalahan orang lain apa yang penting ialah kerjasama dan ikhlas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan