Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 6 Februari 2011

Hati-hati di jalanraya



Sempena cuti TBC ana sempat menziarahi adik ipar di Bangi dan berkhelah bersama keluarga di Idaman Nurani Lopoh Pangsun Hulu Langat Selangor.

Perjalan pergi di lebuhraya plus sesak kerana ada kemalangan, perjalanan terlewat 2 jam dari Kluang, Johor. Apa boleh buat, sabar jelah.

Baliknya pun sesak juga, tak tau mengapa trafik begitu sesak, 2 lorong dah tak mencukupi. Tol bertambah mahal saban tahun sepatutnya perjalanan bertambah selesa tetapi semakin teruk, sepatutnya kerajaan bagi diskaun dalam musim perayaan besar yang jalannya mecet total ni.

Jangan tanya pasal nak makan, di R&R pun alahai, lauknya tak cukup, meja penuh, dah oder pun tak dapat tempat duduk? leceh...sabar je lah, servis begini yang menyebabkan rakyat tak berpuashati dan rasa tak berbaloi bayar tol yang mahal tu?

Dahlah petrol mahal, tol mahal, trafik sesak, perjalanan memakan masa panjang dan nak parking pun susah dan krisis makanan di RR menambah sakit hati sahaja.

Selepas solat di surau R&R Pagoh apalagi angkat kaki tanpa menjamah makanan.

Dalam perjalanan balik cuaca panas dan terik tetapi yang pelik, masuk sempadan Johor khususnya Pagoh air masih bergenang dan jelas kelihatan dari lebuhraya kelihatan kampung, kebun dan rumah yang masih tenggelam. Astagfirullah, dosa apakah ini...semoga kita dijauhakan dari malapetaka ini dan dimudahkan segala urusan dan bersyukur apa yang ada.

1 ulasan:

  1. Apabila tahun baru cina ramai warga kota menghilang,sehingga jalan pun lapang tapi bila hari raya KL masih ramai,jalan pun kekadang jem,kenapa ini boleh terjadi.

    BalasPadam