Ahad, 6 Februari 2011
Cuti TBC dan bajet
Anak balik asrama petang ini, cuti TBC dah habis, esok sekolah seperti biasa.
Cuti kali ini bukan setakat bayaran yuran asrama dan yuran bulanan sekolah kena bayar malahan kena bayarduit tambahan seperti buku rujukan dan baju uniform perpustakawaan juga...
Bayangkan kalau anak ramai, berapa yang perlu di disediakan untuk persiapan anak-anak setiap kali naik cuti sekolah. Kiralah sendiri...
Duit gaji kenalah jimat, beli barang yang perlu sahaja, kalau boleh memang nak beli barang berteknologi seperti henpon, laptop, kamera yang canggih tetapi apakan daya kalau salah kiraan nak isi petrol ke sekolah pun tak cukup duit.
Bagi studen, dapat duit PTPTN janganlah diceh-ceh atau di bazirkan membeli barang yang kononnya teknologi canggih sampai nanti nak makan pun tak ada ongkos, terpaksa minta bank PaMa masukkan duit. Teknologi ni cepat sangat berubah, 6 bulan sekali ada model baru, tak terikut kita mengejarnya.
Selamat kembali ke sekolah dari PAS Sembrong.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan