Khamis, 3 Februari 2011
Gobi kena tekan?
YB, Jadi Ahli Parlimen kalau takut kena tekan baik tak payah, lebih baik jadi pejuang tampal poster parti yang ikhlas, tanpa takut hilang jawatan, takkan kerana ada pertuduhan sanggup langgar prinsip perjuangan.
Tekanan punca N Gobalakrishnan keluar parti – Yaakob
SHAH ALAM, 2 Feb – Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN), Yaakob Sapari mendakwa tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan keluar parti adalah disebabkan tekanan daripada pihak tertentu.
Yaakob mendakwa, tekanan tersebut termasuklah tindakan undang-undang menerusi pendakwaan kes di mahkamah yang dihadapi Gobalakrishnan.
Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan itu berkata, tekanan tersebut menyebabkan ada dalam kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat (Pakatan) yang menjadi mangsa keadaan dan ada yang bertindak menyerang parti sendiri.
“Beliau menjadi mangsa tekanan pihak tertentu yang sentiasa menjadikan wakil rakyat Pakatan sebagai sasaran,” kata Yaakob.
Yaakob berkata, keputusan Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawab surat tunjuk sebab Pakatan yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.
Gobalakrishnan masih menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila beliau didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada 14 Mei 2010 lalu.
Sebelum ini, Gobalakrishnan didapati bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Utama di Bukit Mertajam kira-kira jam 12.20 tengah malam, 29 Januari 2002.
Beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Pakatan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan