Isnin, 14 Februari 2011
Hayat Zahrain pun dihujung tanduk
PKR berkubur hujung tahun ini atau Zahrain jadi 'Bangkai' dahulu?
"SEEKOR lagi `katak' bernama Zahrain meramalkan PKR akan berkubur hujung tahun ini. Sebelum ini banyak kali `firaun besar' dari Kulim Bandar Baru menyebut PKR akan berkubur sebulan dua lagi. Begitulah perjuangan dua tiga ekor Wakil Rakyat yang menjadi `katak', mereka tidak memikirkan nasib masyarakat di kawasannya, yang dilakukan oleh mereka setiap hari ialah menjadi `bomoh' meramalkan kejatuhan PKR.
Saya teringat suatu waktu dahulu, Menteri di JPM iaitu Nazri Aziz pernah juga meramalkan PKR akan berkubur selepas Pilihanraya Tahun 2008, kerana pada ketika itu wakil PKR yang ada di dalam Parlimen hanya Presiden mereka sahaja iaitu DS Wan Azizah. Dengan lagak sombong dan ego, Nazri ini meramalkan selepas Pilihanraya Umum 2008, PKR akan terkubur. Tetapi hakikatnya? PKR bukan sahaja bertambah kuat malahan berjaya menjatuhkan kerajaan terkuat Anak Toyo di Selangor, di samping membantu rakan mereka merampas beberapa negeri. `Bomoh Umno' dari JPM ini tidak berguna langsung.
Sekarang, Nazri sudah serik untuk menjadi bomoh. Si katak Zahrain pula mahu mencuba dengan Si Zul Kulim Ketayap. Mereka berdua sibuk meramalkan nasib PKR, sedangkan nasib mereka sendiri di hujung tanduk.
Sudah lama pengundi-pengundi di kawasan mereka ingin menghumban Wakil Rakyat tidak berparti ini ke dalam `tong najis', tetapi apakan daya. Mereka berdua tidak tahu malu dan berkulit muka yang tebal. Mereka tahu mereka tidak diperlukan lagi oleh para pengundi, namun demi perut anak beranak biarlah mereka hilang maruah.
Marilah kita saksikan nanti, samada PKR yang berkubur dahulu atau mereka berdua yang menjadi `bangkai' terlebih dahulu./
PKR dijangka berkubur-Utusan
“Saya menjangkakan hayat PKR hanya mampu bertahan sehingga hujung tahun ini kerana krisis hilang kepercayaan berterusan serta masalah dalaman yang melanda bukan hanya di Sabah tetapi turut melibatkan Perak, Pulau Pinang serta Selangor.
“Berdasarkan maklumat dalaman yang saya peroleh, pemimpin dan ahli PKR hilang kepercayaan terhadap 3A (Anwar, Azmin Ali dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail). Ribuan daripada mereka akan keluar parti sebelum hujung tahun ini,”
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan