Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 15 Februari 2011

kes buli ke polis


Hari ini terpaksa ke IPK Polis Kluang kerana mengiringi timb. mudir dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes buli. Letih juga proses soalsiasat ni. Semua diambil keterangan. Jam 3.30 petang baru selesai.

Malam tadi jumpa bapa pelajar yang dibuli di T6. Alhamdulillah perbincangan berjalan baik dan repot polis ini adalah kehendak hospital yang merawat anaknya.

Syor supaya perkara ini tidak berpanjangan khususnya bagi ibubapa yang anaknya terlibat mengaku salah itu agar menanggung kos perubatan, minta maaf kepada keluarga pelajar yang kena buli, buat surat aku janji tidak mengulangi perbuatan tersebut. Pelajar yang membuli mesti dikuarantinkan di asrama bakti yang khas bagi mengelakkan kejadian balas dendam berulang.

Kalau tak jalan juga, biar mahkamah yang menentukan. Buang sekolah sudah tentu.

1 ulasan:

  1. Sumpahan Allah Adalah Untuk Siapa & Kepada Siapa?Mengapa?www.rosemujahid.blogspot.com

    BalasPadam