Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Selasa, 15 Februari 2011

Dia sengaja buat sistem membazir

RM10 Juta Habis Pada 15 PRK Sejak PRU-12 Lalu !!!


Pengerusi SPR
SPR umumkan negara dah belanja RM10 juta untuk kendalikan pilihan raya kecil bermula dengan PRK Permatang Paut pada Ogos 2008. Selepas itu satu demi satu PRK terpaksa dijalankan dengan berbagai sebab, antaranya ialah kematian penyandang kerusi.

Ada saranan dari penulis di Berita Harian untuk mengikuti jejak langkah Indonesia yang tidak ada PRK. Kerusi yang dimenangi adalah hak milik parti. Jika meninggal atau letak jawatan penyandangnya, parti akan ganti dengan orang lain.

Ramai pimpinan yang menolak sistem seperti Indonesia tersebut dengan berbagai alasan. Tapi alasan bukanlah sebab kita tak perlu memikirkannya untuk dilaksanakan di sini memandangkan faedahnya jauh lebih baik untuk rakyat.


Jika ia dapat dibuat, Perak sudah tentu tak akan jatuh ke tangan BN. Tak akan ada beli dan jual maruah dengan lompat parti kerana sesiapa yang lompat parti secara automatik kerusinya digantikan oleh parti yang menang dengan orang lain.

Tumpuan selepas PRU akan lebih mantap dan berkesan untuk menunaikan janji-janji sebelum Pilihan Raya. Ini lebih bermanafaat untuk rakyat keseluruhannya. Negara dapat menjimatkan masa dan wang untuk membangunkan negara.

Mungkin kita perlu melihat semula sistem ini dan mendesak kerajaan menimbangkannya. Baca laporannya di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan