KUALA LUMPUR 27 FEB : Lebih 300 peserta perhimpunan aman anjuran Parti Hak Asasi dan sekutunya Hindraf ditahan polis di sekitar Kuala Lumpur termasuk pemimpinnya P Uthayakumar yang ditangkap seawal pagi tadi ketika beliau hendak keluar ke kawasan protes.
Dalam perkembangan terbaru, setakat jam 11 pagi tadi para peserta perhimpunan berkumpul di Kuil Kottei Mallai di Pudu untuk meneruskan bantahan. Menurut wakil HRP Y.Mohan lebih 1,000 masyarakat India turun menyertai perhimpunan ini namun lebih 300 orang telah ditahan. Penasihat HRP M Ganeson kecewa dengan tindakan polìs dan mahu mereka yang ditangkap dibebaskan segera.
Uthayakumar, yang sebelum ini telah berkali-kali ditahan sebagai pemimpin kumpulan yang diharamkan, Hindraf juga pernah merengkok selama dua tahun mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara, (ISA). Kali ini, dia ditangkap di pangsapurinya di Pantai Hillpark pada jam 8 pagi.
"Dia digari dan dibawa ke dalam sebuah van putih," kata adik kepada Uthayakumar, - Waythamoorthy dari London menerusi satu mesej SMS kepada Malaysiakini.
Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas, - Uthayakumar telah dibawa ke ibu pejabat daerah polis Pudu untuk disoal-siasat.
Adalah difahamkan perarakan itu sepatutnya bermula dari Hotel Renaissance, yang terletak kira-kira satu kilometer dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan