Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Isnin, 14 Februari 2011

Jangan main api nanti terbakar





Hati-Hati Dengan Geng Bakar Harta Awam Di Penang !


Sejak beberapa minggu kebelakang ini banyak kejadian kebakaran berlaku secara rawak di Pulau Pinang. Dipercayai ada 2 kumpulan yang bergerak aktif mencetuskan kebakaran di sana sini secara rambang. Apa tujuan mereka tidak dapat dikenal pasti lagi setakat ini.

Kejadian terbaru adalah di pasar Jalan Anson di mana 8 buah gerai hangus dijilat api. Ketua Menteri P Pinang, Lim Guan Eng juga diberitakan pening tak tahu kenapa ada orang yang tak cukup akal sebegitu di sana. Beliau dihubungi ketika melawat tapak kebakaran baru-baru ini.

Sebelum ini pasar buah di Melaka Street dibakar dengan menggunakan molotov cocktail. Sebuah motosikal juga dibakar di kawasan parkir sebuah pasaraya dan 2 rentangan banner di bakar di apartmen batu lancang.

Terdapat lagi 4 kes dilaporkan di serata tempat dalam tempoh 13 jam. Sebuah kedai biskut hampir terbakar tetapi berjaya dipadamkan oleh tuan punya kedai dan jiran-jirannya.

Kejadian kebakaran juga dilaporkan berlaku di banyak penempatan apartmen di Paya Terubong dan juga di Island Glade.

Daripada berita hampir semua kebakaran berlaku pada kawasan serta premis kepunyaan bangsa Cina. Bangsa mana yang bakar masih tak diketahui, harap-harap bukan dari bangsa Melayu, nanti akan timbul isu lain pulak dah...!!!

Maklumat asal di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan