Isnin, 21 Februari 2011
Bulan mesyuarat agung
Mulai Januari -Julai adalah bulan untuk mengadakan mesyuarat agung PAS dari cawangan-cawangan, kawasan, dewan-dewan, dan muktamar pusat.
Walaupun sibuk dengan beberapa siri pilihanraya kecil, tanggung jawab untuk mengadakan mesyuarat agung untuk menilai prestasi kepimpinan selama setahun dan sebagai tuntutan pendaftar pertubuhan mau tidak mau mesyuarat tersebut mesti diadakan.
Malahan mesyarat agung tahun ini sangat penting kerana ada pemilihan saf kepimpinan baru disemua peringkat.
Bagi ajk tahun sudah yang belum buat aktiviti, dan berhasrat untuk mempertahankan jawatannnya, masih ada masa untuk berbuat demikian sebelum mesyuarat agung 2011 diadakan.
Apapun berjuang mesti ikhlas, bukan kerana nak ada pemilihan baru nak aktif, rasanya perwakilan sekarang dah cerdik memilih pimpinan yang boleh buat kerja, dari yang hanya suka buat arahan dan asyik suruh orang lain buat kerja tetapi dia sendiri culas, kadangkala sibukkan lajnah dan j/kuasa orang lain yang semuanya tak betul padahal lajnah di bawah seliaan dia sendiri hancur...itu namanya pemimpin retorik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan