Skandal Kesihatan Di Sarawak Terbongkar
FAKTA-FAKTA TERSEMBUNYI MENGENAI KESIHATAN DI SARAWAK – KEMATIAN DI KALANGAN KAUM IBU
Sarawak Report telah mendapat maklumat yang ekslusif mengenai skandal kesihatan yang berkaitan dengan kadar kematian sebenar di kalangan kaum ibu yang selama ini telah disembunyikan oleh Kerajaan Sarawak. Para doktor dan pakar-pakar kesihatan yang merasa runsing dengan keadaan ini menjalankan siasatan mereka ke atas kadar sebenar kekurangan penjagaan kesihatan yang diberikan kepada penduduk-penduduk di negeri ini, walaupun negeri ini merupakan negeri yang kaya dengan sumber alam. Menurut kajian dan siasatan mereka kematian di kalangan kaum ibu yang melahirkan anak adalah lebih tinggi daripada yang diberikan kepada perangkaan rasmi, walaupun perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan bagi seorang penduduk di negeri ini adalah kurang dari satu perempat berbanding dengan yang dibelanjakan di Semenanjung Malaysia!
“Sarawak adalah negeri bekependudukan rendah yang diam secara bertaburan atau berselerak di serata negeri” kata salah seorang pakar kesihatan yang memberikan maklumat-maklumat kepada Sarawak Report. “Ini bermakna kita perlukan lebih banyak peruntukan untuk penjagaan kesihatan di negeri ini, bukannya kurang. Tetapi Kerajaan BN tetap memilih untuk mengabaikan orang-orang asli yang mendiami kawasan pedalaman.”
Tiada peralatan untuk kes bersalin yang bermasalah
Data dan statistik yang mengejutkan tetap dialami oleh para doktor yang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka di Sarawak. Seorang lagi pakar kesihatan mengatakan bahawa kebanyak wanita-wanita hamil dari kawasan pedalaman yang akan melahirkan anak terpaksa melalu risiko, kerana langkah-langkah keselamatan yang mudahpun tidak dihiraukan pihak-pihak yang berwajib.
“Langkah-langkah keselamatan ini adalah jauh lebih murah berbanding dengan membiayai perkhidmatan doktor udara” katanya. Walau bagai manapun, katanya lagi, jika sesuatu perkara itu tidak menguntungkan sesiapa dari golongan yang berkuasa dan berwibawa, maka kaedah yang boleh menyelamatkan ratusan nyawa seperti itu tidak akan dibangunkan.
Pakar berkenaan juga memberikan komen bahawa kemiskinan dan keadaan jalan yang amat sukar dilalui adalah penyumbang utama kematian kepada kaum ibu. “Rakyat semakin miskin dan harga makanan dan bahanapi pula kerap dinaikkan. Ini akan menyebabkan kaum ibu menjadi semakin tidak mampu untuk pergi ke hospital. Jika berlaku apa-apa kecemasan, jalan yang tidak baik akan menyukarkan golongan ini sampai di hospital”.
Statistik-statistik utama
Kebanyakan pakar kesihatan yang memberikan maklumat kepada kami menyatakan penyebab utama kematian yang menimpa kaum ibu di Malaysia adalah pendarahan, jangkitan penyakit, kekejangan otak, darah tinggi, dan komplikasi-komplikasi merbahaya yang lain. Keadaan-keadaan ini akan dapat dielakkan jika ibu-ibu yang hamil itu berada dekat dengan hospital. Namun jika mereka berada jauh, selalunya mereka akan meninggal dunia dalam perjalanan. Kekurangan para pakar kesihatan yang ditugaskan di kawasan pedalaman juga menyumbang kepada kurangnya pengawasan yang rapi terhadap kaum ibu ini sehingga dekat pada masa mereka melahirkan anak.
Namun para doctor mengatakan angka-angka yang dikemukakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak tetap mengelirukan dan cuba digunakan untuk memberikan gambaran kepada umum bahawa kadar kematian di negeri ini tidak tinggi dari di Malaysia secara keseluruhannya: “Kami percaya bahawa Jabatan Kesihatan Sarawak telah memanipulasikan angka-angka ini. Mereka menyebut tentang angka-angka yang telah diselaraskan bagi seluruh Malaysia dan kemudiannya membahagikan dengan bilangan kehamilan di Sarawak. Tetapi pada hakikatnya, kadar kematian di kalangan ibu mengandung dan yang bersalin adalah tinggi. Suatu kertas kajian 1990-an yang diterbitkan dalam 2008 berdasarkan kajian sebenar menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 92 dari 100,000 mengalami kesukaran semasa bersalin, berbanding dengan 30 dari 100,000 seperti pada angka yang dimanipulasi oleh Jabatan Kesihatan Sarawak. Sejak sekian lama, tiada penambahbaikan dilakukan ke atas peralatan-peralatan kesihatan di Jabatan Kesihatan Sarawak dan kami mencabar sekeras-kerasnya agar jabatan berkenaan menunjukkan bukti untuk menyokong statistik-statistik mereka itu.”
Perangkaan yang meragukan itu dapat diperolehi dari terbitan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang bertajuk ‘Health Facts About Sarawak’, yang diterbitkan dalam tahun 2008. Walau bagamanapun, ramai pakar kesihatan bersetuju bahawa terbitan tersebut bukanlah berdasarkan kajian-kajian di Sarawak sahaja, tetapi bagi seluruh Malaysia.
Sebaliknya para doktor mengatakan terbitan yang berjudul “Women and Health – Village Mothers, City Daughters” 2007, oleh Adeda Baer, memetik laporan dalam kajian “Sudden Maternal Deaths in Malaysia – A Case Report” oleh R Jejasothy di dalam Journal of Obstetrics and Gynaecological Research (Jilid ke-28, No 4, mukasurat 186-93) yang diterimapakai di peringkat antarabangsa sebagai mengira kadar kematian adalah 92 dalam 10,000 kelahiran.
Helikopter ‘Tidak sesuai untuk para pesakit, tetapi hanya sesuai untuk akaun bank Jabu!’
Para doktor yang memberikan maklumat kepada Sarawak Report mengatakan mereka menyalahkan kerajaan BN kerana kadar kematian yang mengejutkan disebabkan kerajaan BN lebih berminat mengadakan kelengkapan yang mahal-mahal untuk memberi peluang kepada para menteri untuk memperolehi kekayaan, tetapi bukannya mengadakan khidmat yang lebih murah dan praktikal yang dapat menyelamatkan nyawa.Salah seorang dari pakar kesihatan yang pernah berkhidmat sebagai doktor udara memberitahu Sarawak Report bahawa dia pernah bertugas dengan khidmat yang dicengkam rasuah, yang melibatkan negara ini mengeluarkan belanja sehingga RM90 juta setahun.
Katanya lagi: “Perkhidmatan doktor udara ini adalah suatu pembaziran yang besar. Ia tidah boleh memuatkan pesakit yang berbaring dan tiada pula ruang yang cukup untuk doktor-doktor untuk membawa lebih dari beberapa biji pil-pil ubat. Kami pergi berpandukan penerbangan yang terjadual dan tiba di perkampungan pada masa yang sesuai dengan penerbangan dan bukannya pada masa pesakit memerlukan khidmat ini. Jarang kita dapat melakukan kerja-kerja menyelamat nyawa semasa kecemasan. Helikopter-helikopter itu hanya sesuai untuk doktor-doktor yang sihat dan bukannya sesuai untuk pesakit-pesakit yang merana!’
Pakar kesihatan berkenaan memberitahu Sarawak Report bahawa adalah lebih murah dan lebih berkesan jika para petugas para-medic diletakkan untuk mengawas sesebuah komuniti untuk membantu ibu-ibu yang bakal melahirkan anak dan kemudian menguruskan penghantaran mereka ke hospital-hospital pada masa yang difikirkan sesuai. Menurut pakar berkenaan peruntukan kerajaan itu sepatutnya dibelanjakan untuk membiayai ibu-ibu tersebut menginap di hospital sekurang-kurangnya dua minggu sebelum saat-saat melahirkan anak. Kedua-dua langkah ini, menurut pakar itu lagi, terbukti dapat menyelamatkan banyak nyawa ibu, tetapi sebaliknya, perkhidmatan Doktor Udara pula belum tentu dapat menyelamatkan apa-apa.
Walau baga manapun, pakar berkenaan memberikan satu sebab kenapa Kerajaan BN selalunya ingin mengekalkan perkhidmatan doktor udara itu.“Ianya suatu rasuah. Para menteri berebut-rebut untuk mendapatkan kontrak perkhidmatan itu! Pada setiap pendaratan, kosnya adalah RM4,000. Kita akan mendarat sebanyak empat kali dalam sehari dan pada setiap perkhidmatan ada 3 buah helikopter. Syarikat akan memperolehi berjuta-juta ringgit dari kontrak perkhidmatan doktor udara ini, dan para menteri akan berebut-rebut untuk mendapatkannya secara bergilir-gilir!”
Sarawak Report telah menyiasat mengenai pemilikan syarikat yang telah mendapat kontrak yang terkini pada Perkhidmatan Doktor Udara ini, yang telah ditenderkan pada tahun 2009. Kami dapat mengesahkan bahawa pemegang utama saham-saham dalam syarikat berkenaan adalah Gerald Renytap Jabu, iaitu anak kepada Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu. Dengan ini kami ingin mencabar Kerajaan BN untuk menjawab tuduhan-tuduhan doktor-doktor bahawa kerajaan BN telah mengabaikan nasihat dari pakar-pakar perubatan dan membenarkan menteri-menteri mengutamakan keuntungan daripada nyawa-nyawa kaum wanita di Sarawak!
Kes Kam Agong
Ketua Menteri Taib Mahmud sendiri pernah mengakui bahawa kekurangan pekerja perubatan yang berkelayakan bertugas di pedalaman Sarawak. Dalam tahun 2008 Taib pernah dilaporkan mengakui bahawa hanya 22.2% jawatan pegawai-pegawai perubatan diisi untuk bertugas di klinik-klinik di Sarawak. Beliau juga mengakui bahawa satu-pertiga penduduk Sarawak langsung TIADA AKSES kepada mana-mana hospital atau klinik, berbanding 95% dari seluruh rakyat Malaysia. Hanya pada bulan lalu Perdana Menteri Najib pernah diejek kerana merasmikan sebuah klinik di Belaga khas untuk orang-orangorang pedalaman, hanya mendapati klinik berkenaan tidak ada doctor. Apakah ertinya membelanjakan peruntukan yang banyak untuk khidmat helicopter yang tidak memberi pulangan yang baik kepada rakyat? Ahli-ahli keluarga Kam Agong, seorang ibu yang mempunyai 8 orang anak yang meninggal dunia disebabkan kecuaian khidmat kesihatan telah mencetuskan kempen untuk menyebar-luaskan ketamakan dan rasuah yang telah membazir wang rakyat. Keluarga mendiang telah menyalahkan keadaan jalan yang teruk untuk menghantar ibu-ibu yang sarat mengandung yang terpaksa menanggung sangsara sepanjang perjalanan ke klinik hingga berjam-jam lamanya di belakang trak atau jeep terbuka.
Mereka telah menunjukkan bagaimana kekurangan penjagaan oleh para pakar di 4 buah klinik di seluruh Sarawak memberi makna bahawa ibu mereka telah menjalani pembedahan dan terkorban oleh pekerja yang tidak bertauliah. Sila kunjungan laman web mereka di http://kamagong.org/ untuk melihat sendiri. Sarawak diakui sebagai sebuah negeri yang terkaya di Malaysia, justeru elakkan para menteri yang tamak-haloba itu dari mendekati sumber-sumber asli Sarawak!/Sarawak Report
Tiada ulasan:
Catat Ulasan