Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 9 Februari 2011

Generasi selepas memali

Isu Tabung Mangsa Memali - Backfire UMNO?





Beberapa hari lepas..
Ada sorang member teman bertanyakan soalan isu tabung memali ni..
Dia ni tak minat politik.. jarang sangat nyembang politik dengan teman..
Baru keluar UiTM, degree chemical industry rasanya.. budak bijak..

Dia dok tanya teman pasal isu ni..
teman tanya balik dia.. tau dak apa dia Kisah Memali ni?
dia jawab tak tau clear sangat..

so, teman pun cerita la dari A sampai Z..
teman mukadimahkan siapa dia Ibrahim Libya..
Macam mana dia ceramah..
Macam mana sambutan masyarakat terhadap siri kuliah islam dia..
Peranan dia sebagai aktiviti PAS..
Begitu begini sampai la Kesyahidannya di hentam peluru senapang/pistol milik Kerajaan Malaysia! Bersama-sama dengan Assyahid beberapa orang lagi anak muridnya..

Teman sebut sekali nama Musa Hitam dan Mahathir Muhammad sebagai mastermind pembunuhan tersebut..

Sehinggalah apa yang PAS buat bagi membela nasib anak-anak dan balu-balu mangsa serangan Polis Malaysia tuh!

So, akhirnya member teman ni pun faham dan mengangguk-angguk..
Dia berjanji akan rujuk ke teman dulu dalam apa-apa isu akan datang..
hok aloh.. dah macam Pakar Rujuk pulak teman nih!!
Teman kabo padanya.. baca semua sumber..
Baca Utusan tapi baca jugak Harakah..
Baca Berita Harian tapi baca jugak Suara Keadilan, Roket..
Layan Tv3 tapi layan jugak media PR di Internet..
dan perhatikan situasi sebenar dalam kehidupan rakyat Malaysia..
Perhatikan sekeliling kita..
Jangan perhatikan kehidupan di Bukit Antarabangsa..
Jangan perhatikan kehidupan di Hartamas..

Tapi perhatikan kehidupan dimana rakyat teramai duduk..
contohnya pasar malam yang dikunjungi oleh rakyat marhaen dengan menunggang moto C70,
contohnya pasar pagi yang dikunjungi nyonya tua dan pak haji setiap awal hari..
contohnya kantin kilang tempat anak-anak muda melepaskan lelah bekerja..
contohnya sekolah biasa tempat anak-anak rakyat terbanyak belajar..
jangan pergi sekolah Antarabangsa!

Teman cuma menerangkan apa yang teman tahu melalui pembacaan dan beberapa penelitian..

Tindakan UMNO naikkan balik isu ni betul-betul makan diri sendiri..
Elok-elok rakyat generasi baru tak tahu pasal Memali...
Akhirnya mereka ambil tahu dan apabila mereka tahu..
Jari mereka akan menuding kepada UMNO selaku bapak pemerintah yang mengarahkan muncung senapang dihalakan kepada mereka yang tidak bersalah dan peluru dibenamkan ke tubuh mangsa Memali yang cintakan Islam dan keindahan kehidupan di kubur dan Akhirat!

Al-Fatihah buat Assyahid Ibrahim Libya dan rakan-rakannya!
sunsnake 09022011

PDRM sahkan tiada penyelewengan Tabung Memali

Di tengah-tengah isu kenaikan harga barang dalam negara dan kebangkitan rakyat Arab di luar negara tiba-tiba muncul isu Tabung Memali yang kononnya diselewengkan. Ia semacam anti klimaks, membangkitkan isu lapuk yang telah selesai dan berkubur lebih 10 tahun lalu.

Tetapi biasalah BN, Utusan Malaysia dan RTM di saat ketandusan isu, mereka jadi lalat dan langau akan menyelongkar setiap tong sampah dan jamban untuk mencari bahan busuk yang boleh dijadikan isu bagi memperbodohkan kalangan rakyat yang kurang cerdik agar mempercayai propaganda mereka. Maka terus kekallah sokongan terhadap BN bermodalkan bara fitnah yang dinyalakan saban waktu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan