Segala perancangan yang dibuat sangat bagus tetapi perlu dipantau oleh pihak-pihak tertentu kerana didapati banyak perkara yang pincang telah berlaku di Sekretariat Ops Piramid yang berpusat di Markaz Madinatul Hujajj, Tabung Haji.
Didapati seolah-olah tidak ada korodinasi semasa pegawai-pegawai yang bertugas yang terdiri dari Pak Duta, Pak Kongen Jeddah, Pak Kongen Dubai, Konsul Haji dan beberapa pegawai kanan dari Wisma Putra dan Tabung Haji.Difaham mesyuarat begitu kerap diadakan tetapi tidak ada timbalbalas dan keseragaman. Antara yang ketara adalah dari segi pengurusan yang tidak efisyen dan keseragaman dan komited seperti contoh-contoh di bawah:
KELEMAHAN PENGURUSAN PENDAFTARAN
Daftar senarai pelajar tidak mengikut tarikh ketibaan (kerana difahamkan visa yang diberikan adalah ‘emergency evacuation visa’ bagi tempoh 1 minggu sahaja);
Daftar senarai pelajar yang disediakan bercampur tarikh ketibaan dan tidak dibuat penyisihan maka sukar untuk mengenalpasti pelajar mana yang sampai dulu dan kemudian lantaran ini mengakibat penghantaran balik pelajar tidak teratur dan berjadual;
Daftar senarai pelajar hanya dibuat pada hari pertama dan kedua sahaja tetapi hari berikutnya tidak ada daftar senarai daftar pelajar dibuat;
Pelajar yang datang dahulu sehingga kini masih belum balik tetapi pelajar yang baru sampai sehari dua sudah balik;
Ini menunjukkan pengurusan pentadbiran oleh MKN, Pak Duta, Pak Kongen Jeddah dan Dubai tidak efisyen;
Didapati ada sesetengah pelajar yang terdiri daripada anak-anak ‘Dato’ atau ‘VIP’ diberikan keutamaan dalam penghantaran balik. Difahamkan senarai penghantaran balik diurus kendalikan oleh Pak Duta dan Pak-Pak Kongen sahaja dan mereka inilah yang menuntukan anak Dato atau VIP yang akan dihantar balik dulu terutamanya yang ada kaitan dengan wisma putra atau kaum kerabat mereka;
Disebabkan daftar senarai pelajar tidak ada maka didapati banyak pelajaran aliran pengajian Islam telah berjaya membolos keluar dari Madinatul Hujajj pada hari pertama mereka sampai. Pelajar-pelajar ini telah mengambil kesempatan mengerjakan umrah dan tinggal dirumah sanak saudara atau rakan pelajar-pelajar mereka dari Universiti Umm Qurra, Makkah;
Sebahagian pelajar yang telah selesai mengerjakan Umrah telah balik secara persendirian ke Malaysia tanpa melalui secretariat kerana mereka mengetahui daftar senarai pelajar tidak ada;
Sebahagian besar pelajar masih lagi berada di Bukit Ajyad, Makkah menumpang di rumah saudara atau pelajar-pelajar Malaysia (dari Universiti Umm Qurra, Makkah) dan bilangannya lebih kurang 100 orang;
Dimaklumkan sebanyak 100 pelajar yang menghadapi masalah dimana visa mereka telah tamat sahlaku dan ini menimbulkan satu masalah lagi;
KEGAGALAN PENGURUSAN PENGHANTARAN BALIK
Urusan ticketing diuruskan oleh pihak Tabung Haji sepenuhnya dan didapati banyak kelemahan dari segi pengurusan;
Pelajar-pelajar tidak dimaklumkan lebih awal tarikh dan masa mereka akan balik, berkumpul untuk menaiki bas dan bertolak ke lapangan terbang. Maklumat terperinci seperti jenis pesawat (MAS/Charlie/Air Asia/Singapore Airlines/Royal Brunei/ Garuda/ Saudia Airlines/) No.Pesawat, destinasi, waktu bertolak/ketibaan, samada transit tidak diberitahu langsung.
Pelajar-pelajar ini dibuat seperti menghalau anak kambing masuk ke reban bila tiba waktu senja. Mereka tidak boleh bertanya langsung dan akan dimarah oleh pegawai yang membuat ticketing. Arahan naik bas dan terus kelapangan terbang;
Jadual penerbangan terlalu sukar untuk diperolehi, dimana apabila ibubapa bertanya pihak secretariat mereka beritahu mereka tidak tahu kerana pihak ticketing Tabung Haji tidak berikan maklumat. Ini menunjukkan bahawa tidak ada kerjasama atau kordinasi di antara pihak sekreatriat dan Tabung Haji;
Ahli keluarga yang membuat panggilan bertanya mengenai status anak mereka tidak dilayan dimana ‘pegawai-pegawai khas’ atau ‘jurucakap khas’ ini tidak menjawap panggilan telefon dan panggilan ‘didivertkan’ kepada pegawai lain yang tidak berkenaan;
‘Bosses” yang bertugas tidak akan menjawab panggilan telefon dari ibubapa dan panggilan ini akan diarahkan kakitangan bawahan menjawab;
Semua maklumat terlalu sukar untuk diperolehi dan banyak sangat ‘red tape’ dan hanya ‘bos’ tertentu yang boleh mengeluarkan informasi yang diminta tetapi bos-bos ini sukar pulak untuk dihubungi melalui telefon;
Didapati ada beberapa pegawai dari Kementerian Pelajaran dan MARA yang ada di markaz ini tetapi tidak ada satu program yang disusun bagi pelajar-pelajar ini untuk mengelak kebosan mereka;
Maka markaz ini boleh diumpamakan macam pusat serenti;
Pelajar perempuan dan lelaki bebas bergaul tanpa batasan dan boleh duduk berdua-dua waktu malam tanpa ada kawalan atau penguatkuasaan,
Pihak KMJ dan MBC mahu membuat taskirah tidak dibenarkan;
Banyak pelajar pengajian Islam dari Universiti Al Azhar dan Tanta yang mahu menganjurkan kuliah agama dan tazkirah tetapi tidak dibenarkan atas alasan takut ada propaganda politik;
Terlalu banyak pegawai yang berada dalam bilik operasi dan bermesyuarat setiap hari tetapi tidak tahu apa keputusan dan kesudahannya;
Seharus Pak Duta dan Pak-Pak Kongen bertugas di bilik operasi ini 24 jam tetapi dukacitanya ada dikalangan mereka yang masuk ke Bilik Operasi jam 11 pagi atau 12 tengahari. Disebelah malam setakat jam 8 malam sahaja dan sudah balik ke rumah.
Program yang paling sibuk mereka sediakan adalah program untuk mengerjakan Umrah oleh Dato’ MKN. Yang pastinya Pak Kongen Jeddah yang menjadi KETUA menyediakannya dan turut sama sebagai pengiring.
Masalah pelajar tidak selesai mereka sudah 3 atau 4 kali mengerjakan umrah. Kepentingan pelajar diketepikan dan kepentingan sendiri diutamakan. Malahan Pak Kongen Jeddah siap mengadakan majlis makan malam dirumahnya untuk Dato’ MKN dan ‘Pegawai-Pegawai Khas’ Bilik Operasi. Ini bertujuan untuk bodek dan mengampu.
Pak Duta, Pak Kongen, Konsul Haji/Naib Konsul Haji sibuk menajga Dato’ MKN dan ditatang dan diusung ke hulu ke hilir dengan penuh tanggungjawab. Pak Duta dan Pak Kongen Jeddah yang nampak paling terover sebab mereka ini dah terlebih tempoh untuk balik ke Malaysia tetapi masing-masing mencari kable untuk kekal sebagai Duta atau bagi Pak Kongen pulak dapat dilantik sebagai Duta.
Maka masing-masing pasang pukat untuk mendapat hasil. Tugas mereka bukan membantu pelajar tetapi menjaga Dato’ MKN pulak.
Kesimpulannya, kami sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dari Kelab Malaysia Jeddah, MBC, IDB dan Panda yang saban malam berada di Madinatul Hujajj memberikan sumbangan material, wang ringgit dan moral kepada pelajar-pelajar ini mengucapkan terima kasih kepada PM atas usaha murni beliau tetapi dukacitanya pelaksanaan diperingkat bawahan kucar-kacir dan boleh memboleh memburuk dan mencalar Negara.
Dengan paparan ini diharap semua rakyat Malaysia mengetahui keadaan sebenar berlaku di Pusat Operasi Piramid Madinatul Hujajj, Jeddah. Ops Piramid berakhir pada hari ini, 13 Februari 2011.
Sekian, terima kasih.
ABDUL FATAH ABDUL KARIM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan