Selasa, 31 Januari 2012
Akibat Jahil Budaya Bangsa Lain?

Kasihan Berahim Ali,Najib Tak Mahu Dikaitkan Dengan Perkasa
Jangan harap la Najib nak bela Perkasa dalam isu ni.Pilihanraya kan dah dekat,tentunya Najib memerlukan sokongan kaum Cina yang dilihat lebih menyokong PR dari BN.Perkasa nampaknya keseorangan dalam isu ini.
Perkasa yang membela BN bermati matian dalam perbagai isu kini ditinggalkan terkapai2 oleh mereka yang mereka bela selama ini.J
Hinggakan kenyataan mereka pun berbelit belit.Hari ini cakap lain,besok lain pulak yang keluar.Buktinya korang lihat kat bawah ni...
Rasuah Terang-terangan Najib Menjelang PRU13
PRU 13 Akan Diadakan Jun 2012?
Meskipun Najib dan Muhyiddin kini sedang rancak turun ke negeri-negeri dalam siri program bertemu rakyat dan dalam masa yang sama desas-desus tarikh piliharaya umum masih menjadi teka-teki, gambaran yang jelas ialah Najib tidak akan berani membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini.
Najib dipercayai memerlukan masa beberapa bulan lagi untuk meyakinkan rakyat terhadap kerajaan BN yang dipimpinnya. Untuk itu, beliau dan timbalannya dipercayai akan mengadakan sekurang-kurangnya dua lagi pusingan untuk bertemu rakyat di setiap negeri sambil menghulurkan pelbagai jenis bantuan dan 'gula-gula'.
moral ahli umno jatuh bila Anwar dibebaskan
Ini berikutan dalam beberapa kunjungan beliau ke negeri-negeri ni sebelum, Najib dan Muhyiddin dikatakan mendapati sokongan rakyat yang diterima daripada rakyat belum benar-benar mantap selain persiapan jentera UMNO dan BN sendiri belum bersedia sepenuhnya.
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim daripada kes liwat pada 9 Januari lalu juga ( meskipun pendakwa kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan) menyebabkan moral ahli-ahli UMNO kini berada di tahap sangat rendah. Ini tentunya memerlukan masa dan suntikan semangat untuk dipulihkan.
Dengan kemungkinan Najib dan Muhyiddin akan turun sekurang-kurangnya dua pusingan lagi ke negeri-negeri, barulah matlamat memulihkan moral, memantapkan lagi sokongan rakyat dan memperkemaskan jentera parti diyakini betul-betul dapat dilakukan.
Felda Global Venture
Selain itu modal paling besar bagi Najib untuk mempertaruhkan masa depan politiknya ialah dengan penyenaraian Felda Global Venture (FGV) di Bursa Saham. Najib, di sebalik adanya bantahan dan pertikaian terhadap langkah itu, tetap berkeras mahu menyenaraikan juga FGV dengan sedaya upaya meyakinkan para peneroka bahawa ia adalah suatu tindakan yang membawa keuntungan kepada masa depan mereka.
FGV akan mula disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada April tahun ini dan usaha ke arah itu kini sedang giat dilakukan.
Kerasnya hati Najib mahu menyenaraikan FGV sebenarnya ada kaitan dengan pilihanraya umum akan datang. Ini kerana didapati bahawa hampir 60 kerusi Parlimen sekarang ini mempunyai tanah rancangan Felda dan Najib benar-benar mahu menggunakan kedudukan itu sebagai sesuatu yang menguntungkan politiknya. Dengan menyenaraikan FGV di BSKL dan syarat wajib bahawa sekurang-kurangnya 25 peratus daripada sahamnya mesti dijual di pasaran terbuka, ia bermakna melalui penyenaraian itu Felda akan memperolehi banyak wang kerana FGV adalah sebuah syarikat yang besar dan menjadi perhatian ramai.
Adalah diyakini dengan wang yang diperolehi itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada peneroka sebagai keuntungan yag kononnya wajar mereka perolehi. Selain itu para peneroka juga akan diberikan saham yang bolah dijual bila-bila masa.
Jika mengikut jadual yang ditetapkan, FGV mula disenaraikan pada bulan April dan ini bermakna selewat-lewatnya sebulan selepas itu pengagihan "durian runtuh" kepada para peneroka akan dapat dilakukan.
Najib dalam hal ini benar-benar optimis bahawa dengan penyenaraian itu dan diikuti pula dengan perolehan wang yang akan masuk ke dalam kocek para peneroka, ia akan menyebabkan undi para peneroka akan tetap berpihak kepada BN. Dan kalaupun tidak semua, sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada hampir 60 kerusi Parlimen yang ada tanah rancangan Felda itu akan berpihak kepada BN.
Dengan sebelum ini Najib telah memberikan bantuan RM500 melalui BR1M, RM 100 untuk pelajar sekolah dan RM 200 baucer buku untuk pelajar universiti, durian runtuh daripada penyenaraian FGV ini adalah "gula-gula terbesar" kepada rakyat sebelum pilihanraya umum yag diyakini Najib mampu menjadikan terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Berdasarkan keadaan-keadaan ini, adalah munasabah bahawa pilihanraya umum akan diadakan selepas penyenaraian FGV itu dan masa yang sesuai adalah awal bulan Jun kerana cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu akan bermula pada 28 Mei.
Sama-samalah kita tunggu!
PS : Peneroka dapat duit alhamdulillah, tapi undilah PR untuk masa depan anak cucu yang lebih adil, dah lama dah BN memerintah, habis semua nanti mereka kebas...
Undi Pos TLDM di Pangkor Bakal Berubah?

Siapa Zambry Kadir? (5)
Aku boleh nampak macam mana orang boleh marah kat Zambry..orang marah kat sultan…orang marah kat kerajaan. Masa Teluk Rubiah hendak dijual, masa tu tak ramai orang yang marah sebab ramai orang tak tau.Dan bila dah tau…tak boleh nak buat apa-apa lagi dah sebab semuanya sudah tergadai. Kita boleh demoa, kita boleh buat kempen..tapi benda dah berlaku. Teluk Rubiah sudah tergadai.
Bila projek bijih besi Vale International mula beroperasi nanti, Teluk Batik juga akan hancur. Bila Teluk Batik dah kotor dan orang tak mau pergi mandi lagi kat sana, maka kerajaan pun ada alasan untuk menukar statusnya kepada industry. Dan bila ia bertukar kepada industry, perairan disekitar Pangkor dan Lumut akan menjadi kotor. Dan masa itupun, orang tetap tidak akan peduli.
Aku nak ucap terima kasih kepada ramai orang Manjung marah kepada Zambry dan ramai yang menelefon Otai Manjung bertanya apa yang depa boleh bantu. Memang itu yang diperlukan oleh aktivis alam sekitar macam Otai Manjung dan Peter Van Der . Tapi Otai dan Peter memerlukan lebih dari itu. Mereka memerlukan lebih ramai aktivis yang prihatin tentang alam sekitar daerah Manjung.
Apa yang perlu dibuat?
Ramai yang kata kita tumbangkan Zambry dalam PRU yang akan datang. Bukan aku nak lemahkan semangat hangpa, tapi semangat untuk menumbangkan Zambry saja tak cukup. Kalau pilihanraya itu adil, dah lama Zambry ditumbangkan..tapi pasal pilihanraya itu tak adil, maka Zambry masih selamat walaupun orang Pangkor sendiri tak suka kat dia.
Tahun 2008 kita dah tumbangkan BN dalam PRU secara demokratik, tapi depa rampas balik secara tidak demokratik. Hangpa masih percaya kepada pilihanraya?
Kita kata sultan tak boleh pecat Menteri Besar, tapi Sultan pecat juga. Kita kata depa tak boleh singkir Speaker, tapi depa heret macam pencuri heret kambing. Hangpa masih percaya Bn akan berubah menjadi baik dan gentleman kali ini?
Jangan harap.
Ok..kita boleh kata PR tumbang pasai 3 ekor katak. Tapi apa yang PR buat selepas kerajaan negeri tumbang? Apakah sudah bersedia untuk menumbangkan BN dalam PRU akan datang ini dengan melakukan gerak kerja?
Mengikut statistic terbaru di Pangkor..jumlah pengundi di Pangkor ialah 26,439 orang. Dari jumlah tersebut, 10,302 (39%) orang adalah pengundi biasa manakala 16,137 (61%) orang lagi adalah pengundi pos. Pengundi-pengundi pos terdiri dari anggota TLDM.
undi pos sahaja 58%
Dalam tahun 2008, jumlah pengundi ialah 22574 orang. Dari jumlah ini, 9480 (42%) adalah pengundi biasa manakala 13094 (58%) adalah pengundi pos.
Dalam jangkamasa diantara 2008 hingga Jun 2011, seramai 5525 pengundi baru didaftarkan. Dari jumlah ini, 4569 (83%) adalah dari TLDM yang merupakan pengundi pos.
61% pengundi di Pangkor adalah pengundi pos. Pengundi pos pada kebiasaannya adalah talian hayat BN yang terakhir. Ia digunakan untuk menyelamatkan calon BN dari kalah.
Ini yang cuba dilakukan oleh Zambry di Pangkor. Zambry mahu menggunakan TLDM sebagai penyelamatnya. Kalau semua orang Pangkor tak mau kat dia, dia masih boleh jadi ADUN dengan bantuan TLDM.
Sekarang, imej TLDM tercemar dengan pelbagai masalah dan skandal. TLDM bukan saja digunakan untuk menjadi undi penyelamat, malah digunakan untuk membuat duit.
Berbillion ringgit diperuntukkan kepada TLDM tetapi apa yang diperolehi hanyalah kelengkapan tentera yang second-hand..yang out-dated. Keselamatan anggota TLDM di perjudikan untuk keselesaan orang politik. Tapi anggota TLDM juga tak boleh naka buat apa, sebab pelbagai penipuan dibuat semasa pengundian secara pos dibuat di TLDM. Cuma yang dah bersara yang berani bercakap tentang penipuan disana manakala yang masih bertugas terpaksa patuh dengan perintah Umno/BN walaupun depa tak suka.
Tentera tak boleh berpolitik. Nak mengundi sendiri pun tak boleh. Kertas undi dipangkah oleh orang lain. Secara lahir, anggota tentera dipublisitikan sebagai wira negara, tetapi hakikatnya, mereka dipergunakan untuk Umno/BN kekal berkuasa.
Dalam pilihanraya 2008, jumlah anggota TLDM yang mengundi hampir 100%. Satu jumlah yang cukup tinggi bagi pengundian secara pos. Tanyalah kat anggota TLDM..adakah mereka yang mengundi? Benar ada diantara mereka yang mengundi, tapi ada juga rungutan bagaimana penipuan berleluasa di sana. Kebanyakan undi pos dipangkah oleh orang lain.
(pengundi TLDM: 227 pengundi biasa, 12867 pengundi pos)
Sekarang nak buat apa? Nak kuburkan Umno/BN melalui pilihanraya? Realistik la sikit.
Semua orang ingat Pangkor adalah kawasan yang paling selamat bagi Umno/BN. Itu dulu…sekarang tidak lagi.
Bekas Panglima TLDM sekarang dah melawan Umno/BN. Sorang lagi pegawai tertinggi sudah meletak jawatan. TLDM bergelora dalam tenang. Peluang untuk menumbangkan Zambry di Pangkor semakin meningkat.
TLDM sudah biasa melawan ombak dan juga sudah biasa melawan arus. Dalam PRU 1999, Calon Keadilan mendapat 3328 (48%) undi pos TLDM manakala UBN mendapat 3548 (52%).
Kali ini, undi pos TLDM akan bergegar.
Itu sebabnya mengapa Zambry terpaksa membawa Najib ke Lumut pada 28hb Januari ini. Zambry memerlukan Najib untuk meyakinkan anggota TLDM untuk mengundi UBN.
Kita nak buat apa?
Masalah sekarang bukan kerana orang Pangkor sukakan Zambry. Orang Pangkor tak suka pun kat dia tapi siapa yang nak gantikan Zambry di Pangkor?
Orang dah tak suka kat UBN, tapi masih tak yakin dengan Pakatan. Kalau ikut tradisi atau kuota, Dun Pangkor akan ditandingi oleh PKR..dan ini masalah utama kerana orang tak yakin dengan PKR Pangkor. PKR Pangkor seolah-olah tak bergerak. Mengapa tidak ada orang PKR Pangkor yang menjuarai isu alam sekitar di Pangkor? Mengapa PKR Pangkor seolah-olah buat tak tau tentang apa yang berlaku di Pangkor?
Huh…banyak lagi kerja yang perlu dibuat.
AUTONOMI, AUKU, AUTAkan mahasiswa

Apa Erti Autonomi Jika AUKU Terus Berkuasa?
Menurut Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq Abdul, selama ini AUKU telah terbukti sebagai penghalang utama autonomi universiti dan kebebasan akademik.
budaya ketakutan
“Keputusan kerajaan untuk meminda Seksyen 15 AUKU tidak membawa sebarang makna memandangkan pindaan ini tidak mengatasi budaya ketakutan dan pemusatan kuasa yang telah yang disebarkan oleh AUKU selama ini.
“Mahasiswa, masyarakat sivil dan pihak pembangkang telah secara konsisten menyatakan pendirian ini tetapi hanya selepas ditempelak mahkamah sendiri dalam keputusan UKM 4 barulah pihak kerajaan menerima hujah ini.
“Kami juga masih menunggu jawatankuasa dwi-parti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk menjadi realiti.
“Jawatankuasa tersebut, sekiranya menjadi realiti – akan meneliti akta alternatif kepada AUKU yang telah dicadangkan oleh pimpinan mahasiswa pada 2008.
Akta kekang aktivisma mahasiswa, kakitangan akademik
Tambahnya, kewujudan AUKU (akta 174 dan akta 555) sendiri telah diwujudkan dengan semangat ingin mengekang aktivisma di kalangan mahasiswa dan kakitangan akedemik di IPTA dan IPTS.
“Maka atas semangat ingin melihat IPT menjadi tempat melahirkan modal insan, maka undang-undang yang wujud atas semangat mengongkong ini seharusnya bukan dipinda tetapi dimansuhkan terus.
retorik
Menurutnya yang juga Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya, pihak Pro-Mahasiswa bertegas supaya undang-undang AUKU yang bersifat draconian terhadap mahasiswa serta merencat kebolehan sebenar mahasiswa ini harus ditamatkan segera tanpa berdolak-dalik.
“Saya lihat pengumuman pemberian autonomi oleh Menteri hanya bersifat retorik semata-mata, apa erti autonomi universiti jika AUKU terus berkuat-kuasa?
“Autonomi IPT dengan AUKU masih beroperasi memenjara hanyalah ibarat memberikan kereta tanpa enjin, hiasan kosmetik bagi meredakan luapan amarah mahasiswa.”
MB Ghani Zapin punca Kemelut J Corp
PRU-13: Ghani gundah, Umno bakal tumbang di Johor
Oleh Ana Abdullah
Cakap-cakap kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya Datuk Seri Ghani Othman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih. Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan.
Dia kata dah letih kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan. Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong. Bermakna tak mendapat habuan politik. Memang kasihan sungguh MB ini.
Sehubungan itu, Datuk Seri Najib Razak kelihatan letih kerana turun pandang bagi memastikan rakyat yakin dengan BN. Atau dengan kata lain dihati rakyat hanya Barisan Nasional bukan Pakatan yang buat janji kosong itu.
Dalam perhimpunan Agung Umno tahun 2010 Datuk Seri Shafie Afdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari johor kubu kuat Umno itu.
Naib Presiden Umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan Umno dalam PRU 13 nanti.
Perkara ini telah dinyatakan MB Ghani Othman yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar-bandar di Johor, akan jatuh ka tangan Pembangkang, termasuk lah NUSAJAYA.
Menteri Besar Johor telah membuat anggaran, 15 kawasan Parlimen di negeri Johor kedudukannya boleh dikatakan tak selamat.
rugi
Ada orang Umno sendiri yang kata padan muka Ghani Othman, menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corp. yang mengalami kerugian besar.
Johor Corp yang di bina oleh Tan Sri Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai aset hampir bernilai RM14 billion.
Sejak Tan Sri Ali Hashim berhenti dari J.Corp, Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan J.Corp dengan membawa masuk beberapa orang luar, budak-budak yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai mengendalikan J,Corp dan anak-anak syarikatnya.
Terutama sekali ia membelakangkan pengurusan J.Corp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun. Siapa yang tidak marah. Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman, Jamal, Ahmad Mohamad.
Yang sedihnya dato, penasihat sebenar di belakang Ghani ia lah Mr Lim “superman”, sekarang tugas mereka ini ialah untuk ‘merompak’ asset J.Corp yang amat berharga saperti KFC dan QSR. Tanah-tanah komersil dan akhirnya estate-estate yang di miliki oleh Kulim.
Sesetengah berkata, jika umur panjang tulis dalam buku dairy masing masing apa yang berlaku itu dalam masa lima tahun semua harta-harta ini habis.
hutang
J.Corp yang mempunyai hutang hampir RM3 billion, nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini, tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang J.corp menjadi RM 5.5 billion melalui anak syarikatnya iaitu KFC dan QSR.
Sebab itu Tan Sri Ali marah sekali, malangnya komennya tidak di siarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah di block. -TKO
Kejatuhan Syarikat Penerbangan Sepanyol menyebabkan 20,000 penumpang terkandas
Spanish airline collapse leaves 20,000 stranded
Kejatuhan ekonomi zon eropah semakin terasa, apakah ia tak memberi kesan kepada Malaysia tanahairku? sudah tentu ia memberi kesan walaupun tak secara terus.Banyak ekspot negara kita ke Benua Eropah seperti barang elektronik, perabot, minyak dan mereka tak ada wang untuk membayar kerana muflis, tentulah dengan krisis ini mereka tak akan ambil pesanan mengimport barang dagangan kita.
Pertugis, Itali, Greek, Sepanyol, Ireland, dan Prancis semuanya menghadapi krisis keruntuhan ekonomi kapitalis paling dahsyat.
Dengan ketirisan sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara, dakwaan Ambiga lesapnya wang Malaysia 1Trillion, bajet Najib yang ala-ala tabur duit sempena PRU13 bersumberkan dari wang hutang tak mustahil ada yang mendakwa Malaysia boleh bangkrap menjelang 2019.
Negara maju pun boleh tumbang, apatah lagi negara kita yang dikuasai taikun dikalangan kroni. nauzubillah min zalik. Kaya dan lagak mewah lagi bergaya dengan beg tangan mahal, ianya tak berguna jika banyak HUTANG.
Teringat lagu " Gali lubang Tutup lubang" Rhoma Irama dan dipopularkan di Malaysia oleh SY;
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Lobang digali menggali lobang
Untuk menutup lobang
Tertutup sudah lobang yang lama
Lobang baru terbuka
Gali lobang tutup lobang
Pinjam uang bayar hutang
Gali lobang tutup lobang
Pinjam uang bayar hutang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali lobang
Gali-gali-gali-gali-gali
Walau makan sederhana
(Makan nasi sambal lalap)
Walau baju sederhana
(Asal menutup aurat)
Walau makan sederhana
Walau baju sederhana
Walau serba sederhana
Asal sehat jiwa raga
Dan juga hutang tak punya…
Itulah orang yang kaya (hi-hu…)
Walau gajinya pas-pasan
(Enggak lebih engga kurang)
Walau hidupnya pas-pasan
(Asal cukup kebutuhan)
Walaupun gajinya pas-pasan
Walau hidupnya pas-pasan
Walaupun serba pas-pasan
Hidup ‘kan merasa terang
Asal tak dikejar hutang…
Enak tidur enak makan (hi-hu…)
Gali lobang tutup lobang
Menggali buat menutup
Gali lobang tutup lobang
Sana rata sini lobang
Gali lobang tutup lobang
Tetap saja ada lobang
Gali lobang tutup lobang
Lobangnya tak pernah hilang
Gali lobang tutup lobang
Pinjam uang bayar hutang
Gali lobang tutup lobang
Sana lunas sini hutang
Gali lobang tutup lobang
Tetap saja ada hutang
Gali lobang tutup lobang
Hutangnya tak pernah hilang
Gali lobang tutup lobang…
Pinjam uang bayar hutang…
Anwar Ibrahim Jawab Tuduhan Umno!!
Isu Sokong Israel (video rakyat wajib tonton)
Sejarah hubungan Umno - Yahudi

"Artikel ini membongkar hubungan Malaysia-Israel sejak zaman Tunku Abdul Rahman, antara Tunku dan Menteri Israel, Moshe Sharett sehinggalah ke komen terbaru Anwar Ibrahim yang segera di tegur oleh kepimpinan PAS. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah diziarahi oleh menteri hal ehwal Israel yang pertama bernama Moshee Sharett di Kuala Lumpur.
Presiden UMNO, Tunku ketika itu mengatakan bahawa ‘kami berbangga sekiranya ada hubungan diplomatic dengan Israel. "It will be considered an honor for us to have a diplomatic representative from Israel."
Pada 26 Ogos 1957, Perdana Menteri Israel David Ben-Gurion menghantar ucapan tahniahnya kepada Tunku di atas kemerdekaan Malaysia dan mengatakan bahawa Israel hendak meletakkan perwakilan Israel di Malaysia. Israel juga mengundi untuk menerima Malaya di dalam PBB. Pada 23 Disember, perwakilan Malaysia memberitahu delegasi Israel bahawa Malaysia mengiktiraf Israel tetapi tidak bercadang hendak mengadakan hubungan diplomasi dengan Israel.
Pada tahun 1959, delegasi Israel ke Australia, Moshe Yuval melaporkan bahawa dia telah berjumpa Tunku di Australia di mana Tunku memberitahunya bahawa kepimpinan Malaysia (UMNO) mengenali Israel tetapi tidak dapat membuat hubungan diplomasi dengan Israrel berikutan penentangan kuat rakyat Malaysia.
Pada tahun 1961, Tunku menziarahi London dan berjumpa perwakilan Israel bernama Arthur Lurie. Perwakilan Isreal menzahirkan rasa hampa berikutan ketiadaan hubungan diplomatik Malaysia-Isreal manakala Tunku menjawab bahawa sahabat-sahabat dan kumpulan-kumpulan yang pro-Arab khususnya Mesir menentang keras sebarang hubungan dengan Isreal. Meskipun begitu, Tunku mengalukan hubungan komersil Malaysia-Israel dan mencadangkan penubuhan konsulat Isreal di Singapura. Syarikat Isrrael, Astraco kemudiannya menubuhkan cawangan di Singapura dan pada tahun 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Malaya member lessen kepada Astraco untuk menubuhkan cawangan di Kuala Lumpur.
Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1963, Menteri Hal Ehwal Luar Israel, Golda Meir menghantar telegram kepada Tunku mengucapkan tahniah kepada Tunku.
Antara tahun 1964 sehinggalah tahun 1966, Moshe Yegar, wakil dari Israel telah berjumpa dengan Tunku, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan ramai lagi dalam usaha mengeratkan hubungan Malaysia-Israel. Meskipun begitu, usaha Israel gagal kerana Malaysia akhirnya mengambil pendekatan pro-Arab. Tambahan lagi, ketika itu Malaysia berdepan dengan ancaman dari Indonesia dan mengharapkan sokongan negara-negara Islam ketika itu.
Pada tahun 1968, anak lelaki Tunku, seorang usahawan datang ke Israel bersama usahawan Israel bernama Shaul Eisenberg. Ketika itu, perwakilan Malaysia meminta Israel menyokong bidaan Malaysia untuk menjadi hos Asia Games 1974. Tunku bersara sebagai PM pada tahun 1971.
Justeru, hubungan mesra Presiden UMNO yang pertama dengan Israel menafikan saranan bahawa kepimpinan UMNO sentiasa anti-Israel.
Seterusnya, perlu diakui bahawa selama zaman kepimpinan Tun Mahathir, Malaysia telah mengambil pendekatan anti-Israel yang kuat. Pada tahun 1969, Malaysian menjadi negara Asian yang pertama yang menerima perwakilan Fatah dan menjemput Fatah membuka pejabat di ibu negara Malaysia. Tetapi, pada tahun 1982 di bawah Mahathir, pengiktirafan diplomatic penuh (full diplomatic recognition) diberikan kepada Palestin. Pada tahun 1986, Tun Mahathir sewaktu di Zimbabwe mengatakan bahawa pembunuhan oleh Nazi gagal mengajar orang Yahudi apa-apa.
Sepanjang pemerintahan Tun Mahathir, Tun Mahathir telah menzahirkan sikap anti-Yahudi yang cukup kuat, berikutan penindasan orang Yahudi ke atas orang Palestin.
Tun Mahathir adalah seorang insan berani yang juga bermasalah. Beliau dianggap sebahagian besar rakyat Malaysia sebagai Bapa Pemodenan Malaysia tetapi beliau juga dianggap sebagai Bapa Fitnah Malaysia di mana budaya memfitnah mula disuburkan di zaman beliau. Pada masa sama, kecaman dan penindasan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan beliau, termasuklah sekatan royalti minyak, sekatan promosi jawatan dan sebagainya cukup subur. Pada masa yang sama, budaya rasuah dan kronisme cukup subur di zaman beliau di mana Malaysia merosot dari ranking rasuah pada No.23 sehinggalah ke No.60 pada masa ini. Sebagai perbandingan, Singapura berada di ranking no.3. Memalukan.
Meskipun begitu, ketegasan Tun Mahathir dalam isu Yahudi dihormati.
Berbeza dengan Tun Mahathir, tokoh seperti Anwar Ibrahim cuba mengambil pendekatan diplomasi win-win situation ala-ala Rais Yatim (dalam isu Batu Putih) dalam isu Israel. Anwar sentiasa cuba manzahirkan dirinya sebagai seorang yang bertimbang rasa dan tidak berat sebelah dalam isu Israrel. Ucapan Anwar bahawa Israel berhak mempertahankan dirinya merupakan ucapan yang betul tetapi tidak bijak dan menjengkilkan.
Sepatutnya, Anwar Ibrahim menunjukkan penentangan yang kuat ke atas kezaliman Israel dan bukan cuba menjaga hati semua pihak. Penentangan ke atas kezaliman Israel bukanlah kerana kita semua anti-Yahudi atau anti-Sematik, tetapi kerana kita menentang kezaliman.
Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Sulaiman dan Nabi-nabi lain pun berasal dari kaum Yahudi dan kita menghormati mereka semua. Penentangan kita ke atas Israel ialah berikutan kezaliman Israel ke atas umat Islam.
Meskipun begitu, sebelum penyokong UMNO bersorak, ingatlah bahawa Presiden UMNO, Najib sendiri yang begitu ghairah menyokong dan menjemput APCO, sebuah syarikat Yahudi untuk terlibat dalam hal ehwal Malaysia terkini. Kenyataan Anwar sedikit tidak bijak tetapi tindakan UMNO menjemput APCO merupakan tindakan jahat yang menghampakan.
Seterusnya, sejahat-jahat Yahudi, mereka tidak menindas kaum sendiri. Ini berbeza dengan UMNO di mana Tok Guru, golongan Melayu PAS dan PKR, malah rakyat Kelantan (yang majoritinya Melayu) menjadi golongan sasaran utama kezaliman UMNO.
Wassalam.
Ps: untuk rujukan lebih lanjut, maklumat boleh diperolehi dari jurnal-jurnal antarabangsa termasuklah Jewish Political Studies Review.
Khamis, 26 Januari 2012
Dulu tuduh puak Erdogan sekarang tuduh Parasit pula

Oleh: hanzarbosnia
"
Semenjak PAS mula dikenali dan disayangi oleh rakyat, ditambah dengan kejayaan dalam beberapa PRU yang lalu, penyakit yang telah lama melanda dan merosakkan UMNO kini serba sedikit mula merasuk dan meracuni pemikiran sebahagian kecil ahli-ahli PAS. Sesungguhnya, musuh-musuh PAS telah mengetahui bahawa keteguhan pendirian politik PAS dalam memperjuangkan Islam tidak sesekali mampu diganggu gugat dengan penjara, siksaan, ancaman dan sebarang tindakan kekerasan.
Perjuangan PAS telah merasai kesemuanya, daripada kemiskinan, siksaan dan kezaliman, dikurung didalam penjara sehinggalah yang gugur syahid dalam memperjuangkan Islam melalui platform PAS. Kini, musuh-musuh PAS telah beralih arah dengan menggunakan perang saraf yang penuh licik. Mereka mengetahui bahawa kekuatan PAS tidak mampu ditembusi dengan serangan-serangan dari luar parti.
Ternyata strategi perang saraf ini lebih merbahaya dari segala bentuk peluru dan senjata yang wujud di muka bumi ini. Ditambah lagi dengan sokongan mendadak dan penyertaan keahlian dari pelbagai golongan masyarakat. Musuh-musuh PAS mengetahui bahawa salah satu cara terbaik melemahkan PAS ialah dengan mewujudkan pelbagai prasangka sesama ahli PAS yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan perbezaan pendapat, meskipun hal sedemikian dibenarkan syarak.
Jika dahulu di era 70-90an, tidak ramai yang berani mengaku dan mendakwa bahawa dia ialah ahli PAS. Jika dipilih menjadi wakil rakyat ketika itu, kadangkala beliau menjadi lebih miskin daripada keadaannya ketika sebelum menjadi wakil rakyat. Memberi ceramah disana sini, menghadiri mesyuarat dan pelbagai urusan parti, semuanya dari poket sendiri.
Malah, untuk memilih seseorang calon bertanding dalam PRU mewakili PAS pun kadangkala lebih sukar kerana tidak ramai yang berani mengorbankan kerjaya dan nama kerana tahu kedudukan PAS di mata rakyat Malaysia. Ceramah-ceramah PAS hanya dibuat di surau-surau kampung yang usang dengan kadangkala bilangan yang hadir boleh dibilang dengan jari.
Namun, dalam kepayahan dan kesukaran perjuangan PAS ketika itu, Allah telah mengurniakan pejuang-pejuang Islam yang tulen dan hebat seperti Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Almarhum Ustaz Hassan Syukri, beberapa pimpinan PAS serta ramai lagi pejuang-pejuang tidak ternama yang kini telah meninggalkan kita.
Golongan yang telah pergi ini mungkin tidak pernah bermimpi untuk merasai karpet-karpet tebal, dingin 'aircond' bangunan-bangunan cantik dan kerusi-kerusi empuk yang kini bukan asing lagi bagi perjumpaan dan mesyuarat parti. Apa yang lebih menghebatkan mereka ialah tidak kedengaran suara-suara melabelkan golongan-golongan tertentu sesama ahli dan pimpinan PAS walaupun PAS menerima kemasukan beramai-ramai ahli ABIM, Suara Islam dan IRC.
Meskipun Almarhum Ustaz Fadzil noor berasal dari ABIM, tetapi ketokohannya lebih terserlah didalam PAS sehingga berjaya mengembalikan kepimpinan ulama daripada Asri dan pengikutnya. Kepelbagaian dalam jamaah PAS telah dikuatkan kerana ukhwah dan mahabbah diperkuatkan melalui keseragaman fikrah dan perjuangan. Kesemuanya kelihatan teguh bersatu di dalam saf di bawah panji perjuangan PAS, meskipun terdapat pelbagai pandangan dan gerak kerja parti hasil daripada perbezaan latarbelakang mereka.
Melobi untuk jawatan dalam parti adalah sesuatu yang aneh, apatah lagi untuk kecewa apabila tidak dipilih memegang jawatan kerana benih ketaqwaan yang takut akan masuliyah akhirat disebalik jawatan-jawatan itu. Kesemua pimpinan PAS amat dihormati oleh ahli-ahlinya walaupun wujud perbezaan pendapat didalam sesuatu perkara.
Kini, sokongan teguh daripada rakyat mulai diterima PAS hasil penderitaan golongan pejuang terdahulu PAS. Disaat perjuangan PAS telah ternama dan masyhur, kebendaan dan status kini seolah-olah terselit mengatasi keinginan untuk memperjuangkan Islam. Meskipun penyakit ini hanya melibatkan sebahagian kecil sahaja pejuang PAS, namun kesannya amat memudaratkan kepada perjuangan PAS jika dipandang enteng.
Dengan bilangan ahli dan penyokong yang semakin bertambah, masing-masing mula tertipu dengan bilangan penyokong yang ramai ibarat peperangan Hunain. Entah siapa-siapa sahaja boleh mendakwa dirinya penyokong-penyokong tulen PAS sedangkan mereka sendiri tidak pernah diuji cubaan dan dugaan sepertimana yang dialami oleh golongan pejuang tulen terdahulu PAS yang meringkok dalam penjara, dianiaya dan gugur syahid sebagai syuhada.
Jikalau dahulu, fokus utama semua pejuang PAS ialah melawan dan menumpaskan musuh-musuh sekular daripada menguasai masyarakat. Anehnya, disaat PAS mula dijulang, wujud pula segelintir pejuang yang lebih suka menghabiskan ilmu, harta dan masanya untuk menyerang 'kelompok-kelompok' rekaan sendiri didalam jamaah PAS.
Golongan berpenyakit ini lebih rela berdiam diri membiarkan dakyah-dakyah golongan sekular, tetapi dengan pantas menghunuskan muncung senjata kepada ahli PAS yang berbeza pendapat dengan mereka. Segala bahan dan bukti-bukti lapuk dikorek, dibentangkan dan ditakwilkan mengikut acuan permusuhan bagi menguatkan hujah-hujah mereka.
Ukhwah Islamiyah dipijak-pijak demi memperjuangkan persepsi-persepsi yang menggembirakan golongan sekular. Mudhorat yang kecil diperbesar-besarkan, manakala mudhorat yang besar dipandang sepi oleh golongan ini yang hanya Allah sahaja yang tahu apa kepentingan dan kasihnya kepada PAS..
Dalam menyokong pimpinan dan pendapat dalam isu-isu tertentu, kadangkala emosi lebih mengatasi rasional sesetengah ahli PAS. Sekiranya terdapat sedikit perbezaan pendapat, maka orang itu akan terus dilabel secara zalim dengan pelbagai gelaran. Label-label yang diwujudkan musuh dipopularkan pula oleh golongan yang kecewa seperti Erdogan, Kerajaan Perpaduan, Golongan Profesional, "Orang Anwar', Parasit dan bermacam-macam lagi. Mengharapkan semua orang mempunyai satu pendapat yang sama adalah merupakan suatu perkara yang mustahil. Sehebat-hebat sahabat nabi saw, masih lagi wujud pelbagai pendapat dalam menangani sesuatu perkara.
Berlapang dadalah akan pendapat yang berbeza sebagaimana imam As-syafie yang menghormati Imam Malik yang berbeza pandangan fiqh. Sesungguhnya, keberkatan dan pertolongan Allah itu sentiasa mengiringi sesuatu keputusan yang diputuskan secara berjamaah. Hormatilah setiap pimpinan walau apa jua latarbelakang kerana pemimpin yang telah dipenjara, dipukul dan disiksa adalah lebih berharga daripada pemimpin yang hanya melangkah masuk ke dalam jamaah dengan hanya memutar suis pimpinan secara pantas tanpa perit getir perjuangan.
Dalam menghayati sirah nabawi, kita dapat melihat bagaimana golongan musuh-musuh Islam mengungkit-ngungkit permusuhan para pejuang Islam setelah mereka bersatu dibawah satu panji perjuangan.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Yang bermaksud:
“Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai, serta ingatlah nikmat Allah suatu ketika dahulu (ketika Jahiliyyah) kamu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-hati kamu, lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah tersebut orang-orang yang bersaudara. Dan ketika kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya agar kamu mendapat petunjuk.” “Dan hendaklah terdapat di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.”(Ali ‘Imran: 103-104.)
Sebab penurunan ayat di atas adalah berkaitan dengan kisah golongan Yahudi Madinah yang cemburu terhadap ukhuwah di kalangan umat Islam ketika itu. Persaudaraan umat Islam yang lahir di antara Bani ‘Aus dan Bani Khazraj serta persaudaraan yang lahir di antara Golongan Muhajirin dan Golongan Ansar adalah amat unik. Lalu orang-orang Yahudi menghasut umat Islam agar mereka kembali berpecah seperti ketika dalam jahiliyyah dahulu.
Mereka mengungkit kisah Peperangan Bu’ath, peperangan antara Bani ‘Aus dan Bani Khazraj yang berlaku sebelum mereka menerima Islam. Akibat daripada hasutan itu mereka hampir-hampir berperang semula atas dasar perkauman. Dengan peristiwa tersebut maka Allah Subhanahuwata’ala menurunkan ayat di atas. Maka mereka kembali sedar dan kembali berpegang dengan din Islam.
Marilah menghayati prinsip dan ajaran yang terkandung dalam surah ini. Berlapang dadalah dan kuatkan ukhwah sesama ahli PAS. Jika berbeza sesuatu pendapat sekalipun, janganlah tinggalkan ukhwah Islamiyah dan mahabbah imaniah dalam berbicara sesama ahli PAS. Jauhilah penyakit buruk sangka yang menyelinap didalam hati-hati kita. Biarkanlah mereka-mereka yang berpenyakit dibuai dengan kehebatan, pendapat dan hujah-hujah mereka.
Azan meresap ke jiwa saya

Liam Neeson berminat peluk Islam selepas dengar azan
Taman Sri Lambak pun Kekurangan Minyak Masak

Ana sempat singgah dibeberapa kedai di sini mendapat maklumat dari pemilik kedai runcit bahawa bekalan agak meruncing. Malahan minyak masak tidak dipamer dirak jualan, apabila ada permintaan pelanggan, barulah stok dikeluarkan di bawah meja kaunter, dah macam jual barang terlarang pula, itu pun tak boleh beli banyak 1 kg saja. Minta yang botol besar 5 kg berharga RM13.90 pun payah dan terhad kepada pelanggan yang utama sahaja seperti peniaga goreng pisang dan warung.

KANGAR – Kekurangan bekalan minyak masak bungkus semakin meruncing apabila permintaan pelanggan kini melebihi kuantiti yang dibekalkan kepada peruncit.
Tinjauan Sinar Harian mendapati kedai di sekitar Kuala Perlis dan Kangar mengalami masalah sama.
Peniaga pasar mini dari Kuala Perlis, Tan Kok Bee, 56, berkata, masalah kekurangan minyak masak bungkus ini bukan sahaja baru berlaku, tetapi ia sudah berlarutan sejak beberapa bulan yang lalu.
“Bekalan minyak masak bungkus sering kali tidak cukup. Sekali dapat dalam seminggu, sebanyak 200 bungkus sahaja yang beratnya sekilogram.
“Kalau hendak dibanding dengan dulu, memang kita dapat bekalan banyak daripada pengilang. Sekarang pengilang yang tentukan berapa boleh hantar kepada peruncit,” katanya.
Menurutnya, permintaan pelanggan terhadap minyak masak bungkus tinggi berbanding minyak masak yang dijual di dalam botol.
Kok Bee berkata, pelanggan berkunjung ke kedainya biasanya akan meminta minyak masak bungkus.
“Mungkin kerana harganya lebih murah iaitu RM2.50 sekilogram berbanding minyak masak botol lebih kurang RM3.25 sekilogram.
“Mahu tampung permintaan penduduk sekitar pada minyak masak bungkus pun tidak cukup, inikan pula ada pelanggan Langkawi yang berkunjung ke kedai saya,” katanya.
Sementara itu, pembantu peniaga runcit di Taman Sena, Kangar, Nor Azri Jaluddin, 25, berkata, kedainya hanya menjual minyak masak bungkus mengalami masalah kerana kekurangan bekalan minyak masak.
Menurutnya, dia hanya me-ngambil 60 hingga 70 bungkus minyak masak yang beratnya sekilogram setiap kali penghantaran stok.
“Buat masa sekarang bekalan minyak masak di kedai saya sudah habis. Memang minyak masak bungkus mempunyai permintaan yang tinggi, disebabkan kekurangan ini kami sebagai peniaga mengalami masalah bekalan.
“Saya tidak tahu apa puncanya kekurangan bekalan minyak ini, namun berharap masalah ini akan diselesaikan kerana permintaannya yang tinggi di pasaran,” katanya.
Pelanggan, Normah Hassan, 41, pula berkata, dia terkejut dengan bekalan minyak masak yang cepat habis di pasaran.
“Semalam saya tengok ada lagi minyak masak bungkus, tapi hari ini bila datang untuk membelinya, terkejut saya apabila pemilik kedai cakap sudah habis, sedangkan semalam masih banyak.
“Saya lebih suka menggunakan minyak masak bungkus kerana harganya yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan minyak masak botol yang harganya mencecah RM3 ke atas. Seperti saya yang datangnya dari golongan sederhana lebih baik kita cari yang lebih murah tetapi fungsinya sama,” katanya.
Kerana sebutir kurma...

Subhanallah, kerana sebutir kurma doanya tidak diterima selama 4 bulan
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak berhampiran timbangan. Menyangka kurma itu bahagian dari yang dia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu dia terus berangkat menuju Al Aqsa. Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia solat dan berdoa khusyuk sekali. Tiba tiba dia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan Allah SWT," kata malaikat yang satu.
"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak kerana empat bulan yg lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram, "jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin Adham terkejut sekali, dia terhenyak, jadi selama empat bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh Allah SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim," Ibrahim beristighfar. Dia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Makkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.
Begitu sampai di Makkah dia langsung menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi dia tidak termasuk peniaga tua itu melainkan seorang anak muda. "Empat bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana dia sekarang? "tanya ibrahim. "Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berniaga kurma" jawab anak muda itu.
"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada sesiapa saya meminta penghalalan?". Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. "Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpaizinnya?"
"Bagi saya tidak masalah. Insya Allah saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka kerana mereka mempunyai hak waris sama dengan saya. "Ibrahim bertanya" Di mana alamat saudara-saudaramu? biar saya temui mereka satu persatu. "
Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui saudara-saudaranya yang lain. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.
Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba dia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak .., sekarang doanya sudah makbul lagi, dia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang ia sudah tidak. "Subhanallah ...
- terjemahan dari eramuslim.com
Sumber asal Adakah Allah Selalu di Hatimu, Karangan Ust. Miftah Faridl / Pz)
Mengapa polis menyebelahi pihak yang melakukan keganasan? : Suhakam
Pesuruhjaya Suhakam tegur polis 'kurang cerdik' berhubung kenyataan 'bodoh'
Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.
Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka.
Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu berusaha supaya dihormati dan tidak hanya menunjukkan bahawa mereka adalah 'bos'.
Mohd Sha'ani (kanan) bagaimanapun menjelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, walaupun beliau akan membentangkannya kepada Suhakam.
Beliau berkata, pihak polis adalah mewakili semua anggota masyarakat, dan bukan hanya majoriti.
Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan.
Katanya, institusi unggul di Malaysia itu tidak memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia, sambil menyifatkan sebarang kompromi terhadap hak asasi manusia untuk "tujuan keselamatan sebagai satu penyalahgunaan kuasa".
Beliau menegaskan bahawa polis sepatutnya menjaga keamanan dan mencegah kejadian yang tidak diingini, dan bukannya berkompromi dan mengurangkan hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan polis berhubung kejadian itu Sabtu lalu apabila kira-kira 20 remaja, yang mungkin termasuk ahli Umno dan BN, didakwa mengganggu ceramah yang diadakan oleh gerakan anti-BN - Asalkan Bukan Umno (ABU).
Pihak polis telah dilaporkan mengulas bahawa ceramah yang menurut mereka bermula semasa solat dan mengandungi ucapan yang menimbulkan kemarahan lebih 1,000 penduduk kampung, terpaksa dibatalkan ekoran bantahan penduduk.
Polis juga menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.
Bagaimanapun, penganjur ABU yang datang untuk membuat laporan kepada Suhakam hari ini mempertikaikan satu persatu kenyataan tersebut.
Pemain Bolasepak yang memuliakan roti


Tetapi Tolga Zengin telah mengutip roti tersebut dan meletakkannya di dahi. Kemudian beliau memberikan roti tersebut kepada pengawal keselamatan bagi mengelakkan roti tersebut hancur dalam perlawanan itu.
Selepas perlawanan itu, atas permintaan wartawan Eropah, Tolga Zengin yg juga merupakan kapten pasukan Trabzonspor telah mengadakan sidang akhbar bagi menjawab tindakan beliau;
"Tiada apa yg mengejutkan dengan tindakan saya. Apa yg mengejutkan saya ialah apabila melihat sebuku roti telah dilemparkan ke atas padang untuk menyakiti saya sedangkan ramai manusia sedang kebuluran di Somalia"
SUMBER:FB
Rabu, 25 Januari 2012
Samseng Perkauman ni SB?
Panas!! ABU Dakwa Ketua Samseng Seorang Anggota Polis
Mamat nih ke? |
"Beberapa orang telah mengenalpasti salah seorang daripada penceroboh itu yang masih berada di tempat kejadian dan telah memaklumkan kepada anggota polis mengenainya. Namun kemudian kelihatan anggota polis sedang bersembang dengan orang tersebut. Kami kemudian diberitahu yang beliau (penyerang) adalah seorang pegawai polis tidak berseragam,"katanya.
Beliau yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata demikian ketika menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam) berhubung kegagalan pihak polis bertindak secara profesional terhadap pihak yang menyerang dan menimbulkan kekacauan semasa program ABU pada Sabtu lalu.
Tegasnya, pihaknya kesal apabila pihak polis telah pun mengeluarkan kenyataan berhubung insiden tersebut tanpa melakukan sebarang siasatan ke atas penyerang-penyerang yang didakwa melakukan kekecohan di Dewan Orang Ramai MBSA, Jalan Kebun, Shah Alam.
"Apa yang kami persoalkan ialah tindakan pihak polis yang tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap penyerang-penyerang yang masih berada di tempat kejadian. Sebaliknya pihak polis menyuruh kami yang menganjurkan program secara aman memberhentikan acara tersebut. Ini dengan jelas menandakan yang pihak polis tidak mampu mengawal keadaan dan menjaga keselamatan orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut,"ujar beliau.
Memorandum itu diserahkan kepada Timbalan Pesuruhjaya Suhakam, Muhamad Sha’ani Abdullah di pejabat Suhakam tengah hari tadi. Aktivis lain yang juga turut hadir adalah Hindu Rights Action Force (Hindraf), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia.
ABU juga turut mendesak Suhakam untuk melaksanakan beberapa tuntutan, antaranya adalah :
1) Menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian ini dan umumkan laporan penyiasatan tersebut.
2) Memastikan penyerang-penyerang yang terlibat dikenakan tindakan undang-undang.
3) Mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan menggunakan kekerasan dan intimidasi perkauman bagi menghalang hak orang awam berhimpun serta bersuara secara aman.
4) Menyiasat samada pihak polis ada bersubahat dengan penyerang-penyerang yang terlibat.
Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah yang diadakan di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.
Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut. ~antarapos
Addin :
Inilah Malaysia tanah tumpah darahku..
Ini pecah amanah kerana lari dari tujuan asal dana NFC : Saifuddin
Isu pokok ialah pinjaman mudah kepada NFCorp- Saifuddin
NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1.
Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya suami dan anak-anak Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Keluarga Shahrizat, katanya turut memiliki kepentingan 100 peratus dalam syarikat National Livestock and Meat Corp Sdn Bhd (NLMC), dan Asian Bioscience Corp Sdn Bhd (ABC).
“Melalui NLMC ini pula, puluhan juta dana NFC disalur ke Restoran Mewah milik keluarga Shahrizat iaitu Real Food company Sdn Bhd,” kata beliau kepada keadilandaily.com.
Melalui NLMC ini juga katanya, dana NFC disalur untuk membeli kondominium mewah di Bangsar dan perbelanjaan lain seperti didedahkan KEADILAN sebelum ini.
pecah amanah
“Penyaluran dana ini merupakan pecah amanah kerana ia tiada kaitan dengan tujuan dana NFC iaitu berkaitan projek penternakan Lembu,” katanya.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mengakui Pusat Fidlot Nasional mempunyai banyak kelemahan memandangkan kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan projek berkenaan pada Mei 2009.
Ambrin juga berkata, audit yang dijalankan itu juga memfokuskan ke atas projek NFC dan bukannya NFCorp.
Sebelum ini KEADILAN tampil mendedahkan pelbagai penyelewengan yang dilakukan NFCorp.
Antaranya membeli kondominium elit di Kuala Lumpur dan Singapura berharga RM23 juta, membeli tanah di Putrajaya, pembelian kereta mewah Mercedez Benz, membayar keahlian kelab golf dan pelbagai transaksi meragukan.
Terbaru, KEADILAN mendedahkan hampir RM600,000 digunakan dari dana NFC untuk membiayai kad kredit ahli keluarga Shahrizat pada 2009.
Selain Muhyiddin, turut terlibat dalam skandal ini, Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi Projek Impak Tinggi yang melulus projek seumpama itu.
Tak bermoral : Tunjuk samseng perkauman depan india memalukan melayu
Tuan Berbaju Hitam Yang Sasa Dan Rakanya Di Tahan Polis Malaysia.
Siapa Mereka?
Nah lihat video bawah ni…
Ye, mereka inilah yang digelar Samseng Jalan Kebun, dan begitulah gelagat mereka apabila berdepan dengan ABU Hindraf baru baru ini, ketika majlis ABU Hindraf itu dijalankan, baru je nak mula masa tu, di Jalan Kebun Shah Alam.
So, Polis Malaysia dah tangkap mereka ni ke?
Polis Selangor telah menahan seorang lelaki berusia lewat 20-an bagi membantu siasatan insiden serangan ketika ceramah Asal Bukan Umno (ABU) di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam, Jalan Kebun di sini, Sabtu lalu.
Bila dia kene tahan?
Dia ditahan pagi semalam selepas dikenal pasti antara yang menimbulkan kekecohan. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek lagi dan siasatan sudah mula dijalankan selepas kejadian tersebut berlaku.
Dia ditahan dibawah seksyen ape?
Lelaki tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada saksi juga sudah diambil. “Tangkapan susulan akan dibuat selepas ini kerana dipercayai kekecohan ini ditimbulkan oleh beberapa individu yang dikenal pasti orang awam yang hadir,” katanya.
Kenapa Polis Malaysia tak tahan awal2?
Beliau berkata, ceramah yang dianjurkan itu tidak dimaklumkan kepada pihaknya tetapi keadaan dapat dikawal selepas anggota polis tiba di tempat kejadian.
Ada apa apa kerosakan pada majlis tu?
Zahedi juga menegaskan, tidak berlaku sebarang kerosakan di dalam atau luar dewan ketika kejadian termasuk dakwaan gerai yang dimusnahkan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.
Menurutnya, empat laporan diterima selepas kejadian tersebut dan hasil daripada laporan, pihaknya mengambil tindakan dan membawa kepada penahanan seorang suspek untuk siasatan.
So Ketua mereka yang berbadan sasa tu dah ditahan ke belum?
Nama dan identiti suspek tidak didedahkan.
Gambar ketua dia dah tersebarkan, berikutan ada kawan dia sendiri yang bagi link facebook dia pada orang ramai kan?
Tak pasti, tapi akaun facebook Tuan Berbaju Hitam dan berbadan sasa tu memamng dan tersebar.
Owh… Harap Pihak Polis dapat mejalankan siasatan dan siapa dalang disebalik kekecohan ini yang sebenarnya.
Harap begitulah, supaya tidak ada kekeliruan daripada pandangan rakyat Malaysia, Salah Tetap Salah!
Jika cina undi MCA membolehkan Umno kekal rasuah
Undi MCA bermakna beri kuasa kepada Umno'
Demikian kata Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi (gambar) dalam twitternya.
Beliau mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam wawancaranya dengan The Malaysian Insider semalam.
Dalam wawancara itu, Chua Soi Lek mengatakan masyarakat Cina mula kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) kerana mereka sedar sokongan kepada “DAP akan membuka jalan kepada PAS untuk berkuasa.”
“PAS menjadi parti dominan. PAS yang akan memberi arahan, PAS yang akan memerintah jika mereka (pembangkang) berkuasa.
“Jika mereka berkuasa, PAS akan memerintah,” kata Presiden MCA kepada The Malaysian Insider (TMI) dalam temubual ekslusif minggu lalu.
Dr Chua menegaskan ia adalah fakta dan menafikan ia hanya strategi untuk meraih semula sokongan komuniti Cina pada pilihan raya umum akan datang.
“Ini adalah sesuatu yang komuniti Cina perlu sedar - pengundi DAP berikan kuasa kepada DAP, memperkuatkan DAP (dan) membuka jalan kepada PAS, yang akan berkuasa di peringkat pusat,” katanya.
Dr Chua mengingatkan PAS “hari kemenangan” akan berlalu dengan pantas dan mentertawakan sebarang kemungkinan PKR akan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, lapor TMI.
Kemelut TNB berpanjangan jika...

Kesatuan: Piket, jika TNB tidak selesai 4 isu
Pendirian itu diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa bersama kesatuan dan persatuan TNB di ibu negara hari ini.
Malah jawatankuasa itu juga memutuskan untuk menggesa Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh supaya berundur dan turut meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak menyambung kontrak beliau, yang dijangka akan tamat Jun ini.
"Perkara ini kami telah putuskan pada mesyuarat jawatankuasa bersama hari ini dan akan menghantar senarai tuntutan kepada pengurusan TNB dan juga surat kepada Perdana Menteri pada 3 Februari ini," kata Setiausaha Jawatankuasa Bersama Mohd Roszeli Majid ketika dihubungi hari ini.
"Kami juga mahu memberi masa yang mencukupi kepada pengurusan untuk bertindak menyelesaikan senarai tuntutan kami. Selain itu, mengikut undang-undang, jika mahu mengadakan piket, kami perlu memberi notis 14 hari kepada pengurusan," kata beliau yang juga Presiden Kesatuan Pegawai Rendah TNB.
Katanya, "kami kesatuan dan persatuan yang bertanggungjawab dan mahu memberi majikan masa yang cukup untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit."
piket
Menurut beliau, ini kali pertama kesemua kesatuan-kesatuan dan persatuan dalam TNB bersatu memutuskan untuk mengambil tindakan berpiket.
Kali terakhir kesatuan TNB berpiket adalah pada 1996. Ketiga-tiga kesatuan dan persatuan terdiri daripada Kesatuan Pegawai-pegawai Rendah TNB, Kesatuan Percantuman Pekerja-pekerja TNB dan Persatuan Eksekutif TNB - dianggotai sekitar 25,000 pekerja.
"Berlanjutan dari surat yang dihantar oleh kesatuan dan persatuan TNB kepada Perdana Menteri, berikut adalah isu-isu yang menyebabkan Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB dalam mesyuaratnya hari ini mengambil ketetapan untuk mengisytiharkan pertikaian perusahaan terhadap pengurusan TNB.
"Untuk makluman, surat kepada Perdana Menteri masih belum mendapat sebarang maklum balas sehingga ke tarikh hari ini.
Ini adalah kali ketiga kesatuan dan persatuan TNB menghantar surat kepada Perdana Menteri berhubung isu-isu pengurusan CEO TNB iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012," katanya lagi.
kenaikan pangkat
Antara isu yang menjadi pertikaian ialah penyumberan keluar dan penswastaan perkhidmatan, pengambilan eksekutif baru tidak mematuhi Perjanjian Bersama (CA), pemangkuan sementara untuk kenaikan pangkat melebihi tujuh bulan seperti yang dimaktubkan dalam CA dan peletakan jawatan tertakluk kepada kelulusan Naib Presiden Sumber Manusia tanpa berunding dengan Persatuan Eksekutif TNB dan pengagihan bonus muktamad tahun kewangan 2010/2011 ditolak dari bonus syarikat.
bonus tahunan
Perjanjian kolektif 2011/2013 menyatakan bahawa bayaran bonus tahunan kepada pekerja-pekerja yang telah disahkan jawatan kemungkinan berdasarkan prestasi syarikat dan individu.
Katanya, tindakan pengurusan memotong bonus syarikat dari bonus muktamad pekerja adalah sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemberian bonus.
"Bonus syarikat tidak pernah diambil kira dalam bayaran bonus muktamad. Bonus syarikat adalah pemberian sama rata hasil peningkatan produktiviti tetapi bonus muktamad adalah berdasarkan prestasi individu dan syarikat," katanya lagi.
Mas, Air Asia bukan paling selamat
Syarikat Penerbangan Hainan China Paling Selamat di Dunia
Selasa, 24 Januari 2012
Kapitalis hakcipta lawan kapitalis cetak rompak.
Sebuah kereta pengawal keselamatan terletak di pintu masuk Mansion Dotcom, rumah didakwa milik Kim Dotcom, yang mengasaskan tapak Megaupload.com dan mengendali dari rumah agamnya bernilai $ 30 juta di Coatesville Jan. 21, 2012.
Gambar oleh: Nigel MARPLE, REUTERS
Polis New Zealand memecahkan masuk kunci elektronik dan memotong jalan membolehkan mereka masuk ke dalam bilik rumah agam secara selamat untuk menangkap orang yg paling penting dalam dakwaan kes kecurian hak cipta Internet antarabangsa dan menyita kereta bernilai beruta-juta dolar, karya seni, dan barang-barang lain.
Kelahiran Jerman Schmitz, yang juga dikenali sebagai Kim Dotcom, adalah salah satu daripada empat lelaki yang ditahan di Auckland pada Jan.20, 2012, dalam penyiasatan di laman web Megaupload.com yang diketuai oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat.
Laman web Megaupload telah ditutup pada 21 Januari oleh pihak berkuasa AS yang mendakwa inilah salah satu kes-kes yang kecurian hak cipta terbesar pernah tercipta dalam sejarah.
PS : Cetak rompak tak bagus dari segi ekonomi kapitalis tapi bagus dari segi penyampaian sebenar maklumat kepada dunia. Iman sebagi filter atau penapis untuk menilai mana yang baik dan yang buruk.
Megaupload Kim Dotcom
New Zealand police broke through electronic locks and cut their way into a mansion safe room to arrest the alleged kingpin of an international Internet copyright theft case and seize millions of dollars worth of cars, artwork and other goods. German national Schmitz, also known as Kim Dotcom, was one of four men arrested in Auckland on Jan.20, 2012, in an investigation of the Megaupload.com website led by the U.S. Federal Bureau of Investigation. Megaupload’s website was shut down on January 21 by US authorities who accuse it of one of the largest cases of copyright theft ever.
Read more: http://www.ottawacitizen.com/entertainment/Photo+Gallery+Megaupload+Dotcom/6037474/story.html#ixzz1kIw1AJbF
Heret akhbar ke muka pengadilan kalau berani

KUALA LUMPUR, 23 Jan: "Dah agak dah," itulah jawapan spontan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila Datin Seri Rosmah Mansor mendakwa beliau "menjadi mangsa".
Sabtu lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.
Ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA hari ini, Malaysiakini memetik isteri Perdana Menteri itu berkata: "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
"Saya selalu menjadi mangsa," dakwa Rosmah ketika ditanya tentang laporan SMH tentang tabiat berbelanjanya.
Bagaikan mengundang simpati, Rosmah yang mengiringi suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak ke majlis sambutan itu berkata, beliau berkali-kali menghadapi tuduhan sedemikian.
Ketika terus ditanya adakah laporan mengenai perbelanjaan sehingga RM325,000 itu benar, Rosmah berkata: "Saya tidak ada masa untuk melayan semua ini".
Mengulas lanjut penafian Rosmah, Mahfuz mengulangi gesaan agar Najib dan Rosmah mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut.
"Heret akhbar tersebut ke muka pengadilan di Australia dan kemukakan tuntutan hukuman dan ganti rugi paling maksimum ke atas SMH jika benar laporan itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mengulangi lagi ingatannya, Mahfuz berkata, jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku dalam keengganan Najib mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang mendakwa tentang kaitan beliau dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
"Kalau benar tidak bersalah, takut apa mengheret akhbar tersebut ke mahkamah di Australia?
"Tengku Razaleigh Hamzah pernah menyaman akhbar luar negara di negara akhbar itu sendiri dan oleh kerana beliau tidak bersalah, beliau menang kes tersebut dan mendapat ganti rugi yang lumayan pula," katanya.
Sambil bergurau, Mahfuz berkata, kalau Rosmah mendapat ganti rugi yang lumayan hasil tindakan undang-undang ke atas SMH itu, rakyat tidak marah kalau beliau berbelanja besar-besaran dengan wang ganti rugi itu.
"Kalau dapat ganti rugi RM24 juta, rakyat tidak marah kalau isteri Perdana Menteri itu mahu membeli cincin berlian semahal ganti rugi yang diperolehi itu.
"Kalau dapat ganti rugi lumayan dari SMH, rakyat juga tidak marah kalau Rosmah mahu memborong di semua butik terkemuka di seluruh dunia, beli beg tangan Birkin banyak-banyak, semuanya rakyat tak marah.
"Rakyat lebih suka lagi kalau Rosmah menderma, maklumlah sebelum ini beliau menderma sehingga RM1.5 juta kepada Tabung Gaza. Mana dia dapat duit, kita tak tau," kata Mahfuz.
Dalam seksyen 'Private Sydney' SMH, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai first lady of shopping (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.
Rosmah dan Najib juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. -HD
Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah
Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.
"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.
"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.
Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.
Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. -mk
PS : Belanja mewah tak dapat dipisahkan dari isteri pembesar bergelar hajjah ini, malu agaknya kalau beli barang yang tak mahal, inilah budaya membazir amalan umno, " Membazir itu saudara saudara syaitan"...nauzubillah...