Jawapan saya ditanya tentang Sumpah Laknat Eskay?
Dr Dzulkefly Ahmad
Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyatMalaysiaterbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa sipelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.
Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. ‘Sumpah laknat’ mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.
2. Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam
Perkara ini yang kita tunggu-tunggu dari para Ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya ummat Islam.
Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).
Ringkasnya, kenapa Eskay ini pulak yang nak bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya Ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.
Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).
3. Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?
Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.
Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata-kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, samada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan ‘character assasination’ dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan ummat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media seeprti TV3, akhbar-akhbar dsbnya. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh ummat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – ‘destructive zero-sum game’ yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini!!
Untuk mengenal sesaorang tengok siapa kawan rapatnya.
BalasPadamEskay adalah teman rapat nuar sejak lama.Ia mengaku beberapa perkara termasuk menjadi teman berhibur untuk anuar. Paing terbaru dengan bukti yang dia dapat video lucah itu. Menyarankan anuar meletak semua politik nya bersama azizah.Tidak ada layanan mengharap media memanjangkan perkara ini dengan menayangkan video itu secara tertutup. Mula menjadi heboh dan mengharap pula campor tangan polis dan peguam negara. (Dalam proses ini tersebar penayang video secara berpringkat.). Akhirnya melakukan sumpah(laknat) di dalam mesjid. Itu ringkasnya.
Selama hampir 2 bulan perkara ini berada didepan umat islam. Mengikuti perkembangan demi untuk mencari kebenaran: fokus nya siapakah anuar?.Layak kah dia sebagai ikon islam yang akan dijadikan pemimpin masa depan. Ini lah persoalanya utama nya.
Melihat dari sejarah pertuduhan2 yang telah ada, melihat kesan pengaruh anuar di arena politik, mengambil kira sintemen agama tidak menjadi kehairanan kalau eskay yang lurus bandul itu melakukan sumpah laknat di akhir tindakanya. Sama seperti saiful demi melepaskan perasaanya kecewanya di atas layanan para alim ulamak dan orang ramai yang taksub.
Untuk mendapatkan 4 saksi seperti yang didesak amatlah mustahil.Untuk penubuhan suruhanjara diraja pun diketepikan. Menerima tohmahan membuat fitnah dan membuka aib kepada sesaorang berprofile tinggi satu yang menyakitkan.
Pengaduan anuar ke pihak polis mungkin akan membawa bukti2 ketulenan video,bukti2 rekod sms telefon pada eskay, jam omega dan dna dsb pasti membosankan seperti yang berlaku pada tuduhan dari shaiful.
Sumpah saiful dan eskay mungkin kelihatan naif, namun tetap mengandungi erti. Sama seperti kepada sembahyang hajat berjemaah yang sempurna tetap mempunyai erti sekiranya disandarkan kepada ketelusan kepada Allah.
wallahualam.
dia bukan kawan Bro Anwar,
BalasPadamngaku saja kawan, macam kes nalakarupan dulu, ngaku saja kawan rapat, semak dalam keahlian PKR tak ada nama eskey pun, itu bukan kawan namanya tapi musuh.