Cina Singapura Sedang Bangkit tolak cina kapitalis
Maklumat Tulang Besi dapat dari kawan Tulang Besi yang aktif dalam parti pembangkang Singapura adalah majoriti yang menunjukkan sikap menolak PAP secara terbuka adalah dari kaum Cina Singapura.
Malahan, yang dikhuatiri adalah PAP akan diselamatkan oleh undi orang-orang Melayu yang selama ini mengundi PAP dengan pukal.
Gambar2 di bawah diambil Tulang Besi dari web site parti SDP yang menunjukkan orang-orang Cina Singapura secara terbuka menunjukkan sikap marah dan menolak PAP.
Sukar menerima hakikat ini kerana kita sering dimomokkan dengan kata-kata kononnya PAP ini parti Cina dan mereka mendapat sokongan padu dari orang-orang Cina seluruh Asia Tenggara.
Ini juga menunjukkan kaum Cina boleh menolak parti dan kaum mereka sendiri kalau parti dan kaum mereka tidak menjaga kebajikan serta masa depan mereka.
Tidak lah benar kata-kata yang mengatakan kaum Cina ini bersifat perkauman. Pengalaman kaum Cina duduk di bawah Maharaja2 Cina mengajar mereka tidak semestinya kaum sendiri memerintah dapat menjamin keadilan dan kemakmuran.
BOdohlah UMNO yang sedang memainkan sentimen perkauman dengan kaum Cina di Malaysia sedangkan mereka itu mengundi berdasarkan siapa yang boleh menjaga kebajikan mereka, bukan mengikut kaum.
Saya yakin kalau PAS dapat menjaga kebajikan serta masa depan kaum Cina di Malaysia, tiada masaalah bagi mereka menyokong agenda Negara Islam.
Atas sebab itulah agaknya Rasul SAW sering memberi sedekah dan membantu orang2 miskin di Madinah tidak kira agama yang menyebabkan orang Madinah ramai yang masuk Islam.
Antara perkara pertama yang dilakukan Rasul SAW, mengikut Kitab "Tabaqat Ibnu Saad" adalah menjadikan serambi-serambi Masjid sebagai sekolah untuk mengajar orang Madinah membaca dan menulis. Malahan, syarat pembebasan tawanan perang Badr adalah mereka harus mengajar beberpaa orang Madinah menulis dan membaca.
Program simple dan mudah sebegitu telah menyebabkan ribuan rakyat Madinah memeluk Islam selepas Hijrah.
PAS wajib memikirkan uslub baru untuk menarik orang Bukan Islam kepada Islam, bukan dengan kaedah bersyarah dan konsentrasi kepada hukum hakam semata-mata. PAS wajib belajar uslub dakwah yang berkesan dari Junjungan Besar Nabi SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan