Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 20 Mei 2011

Abg Mat yang cool


Sejak zaman sekolah aku dah kenal mat sabu. Kenal melalui kaset ceramah dia yang menghiburkan bila bantai UMNO. Nak ambik SPM pun, nak kena dengar ceramah mat sabu dulu, baru pi exams.

Masa aku form six di SMIS Parit, mat sabu jadi lagi ngetop bila dia turut kena bungkus untuk dicampak ke Kamunting. Bila jadi blogger, aku selalu tengok mat sabu depan mata.

Di Kerdau, aku makan sekali dengan mat sabu. Huh ! aku tenung mat sabu puas-puas. Masa dia sembang, masa dia makan..aku lihat jiwanya riang..muka cool, muka tak bawak masalah. Tapi aura dia kuat. Panggil ceramah jika ada mat sabu, jalan boleh jadi jem. Peniaga bihun sup gear box boleh sengih sampai ke telinga. Pasai apa, orang ramai datang. Nak lancar derma jihad, panggil mat sabu. Insyaallah..bergoni duit boleh dapat. Macam-macam kaler ada. Yang tukang kira duit derma pun, melecet peluh. Masa tu boleh tengok muka YDP PAS Kawasan, sengih dia macam laki gatai nak menikah muda. Seronok. Itu hebatnya mat sabu.

Mungkin kerana jiwanya hampir bersama semangat revolusi di Iran, maka perangai dan kelaku mat sabu dah macam Presiden Iran. Ikut suka dia saja. Orang lain tidoq tak dak tilam 9 inci, mampuih tak boleh lelap. Tapi mat sabu boleh lelap mata, lepas telan cokodok 2-3 bijik tepi goni beras...lenalah dia. Panas ? Atap zink tu bro? Tau pukui berapa ? Cuaca pukul 3 petang di Kerdau bukan macam cuaca di Genting bro..! Hmm..itulah ma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan