Senarai pembohongan Eskay
1. Pembohongannya mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah... lebih lebih lagi kenyataan Eskay semalam yang menafikan dia yang menuduh Anwar melakukan zina ketika di asak wartawan selepas memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung sumpah laknat yang dibuatnya minggu lalu.
2. Kredibiliti bangsa Umno ni serupa saja, senang senang boleh dipertikaikan setelah pembohongan demi pembohongan yang semakin nyata. Ceritanya tidak konsisten. Kita boleh senaraikan daripada awal. Mula mula kata tempat kejadian seks itu berlaku di hotel, kemudian di spa dan apartment di Ampang.
3. Perkara asas pasal jam tangan Omega pun dah cukup menggelikan hati yang dikatakan dicuri tetapi dalam video jelas ia tidak dicuri dan tidak wujud pun. Pada awal dia kata jam itu adalah bukti yang kuat tetapi kemudian kata tidak ada kena mengena pula.
4. Kenyataan terbaru Eskay jelas menunjukkannya semakin gelabah dan mula mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri dari tuduhan yang dibuatnya sebelum ini. Mungkin dia takut dikenakan tuduhan qazaf. Dia mula cari jalan untuk keluar dari tuduhan menuduh Datuk Seri Anwar berzina.
5. Sebelum ini, terdapat percanggahan keterangan yang diberikannya dan kenyataan yang dibuat polis. Eskay mendakwa kejadian seks itu berlaku di sebuah hotel melibatkan seorang pelacur warganegara China. Manakala polis pula berkata video itu dirakam di sebuah kondominium dan pelaku wanita dalam video itu adalah seorang pelajar di sebuah kolej di ibu negara.
Ternyata manusia yang berbangsa Umno ni perangai dan tingkah laku mereka adalah serupa, pembohong dan jenis suka mempermain mainkan agama demi survival diri dan keluarga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan