Akhbar Utusan Malaysia yang dilanda kontroversi kerana membangkitkan isu 'negara Kristian' hari ini menyiarkan satu penjelasan ringkas berhubung dakwaan yang dilaporkan Sabtu lalu.
Akhbar berkenaan hari ini melaporkan bahawa penulis blog berkenaan, Zakhir Mohamed telah menyiarkan penjelasan tersebut semalam melalui satu tulisan bertajuk 'May God bless all of us' laman blog bigdogdotcom.wordpress.com.
"Big Dog yang mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan ikrar paderi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang baru-baru ini, tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu," laporan berkenaan dipetik.
Dalam tulisan di blognya, Zakhir yang popular dengan nama jolokan Big Dog itu antara lainnya menjelaskan bahawa kumpulan paderi itu "mungkin" berikrar untuk menjadikan seorang Kristian dan menjadikan fahaman tersebut sebagai agama rasmi persekutuan.
"Tentulah ianya lebih sesuai, sebagai ahli kitab, sekiraya paderi berkenaan berikrar dan berdoa kepada perdana menteri Malaysia agar menjadi soleh atau 'rabbaniyun' tanpa mengira agama bagi menghormati pada semangat demokrasi," katanya Zakhir lagi dalam tulisan yang disiarkan semalam.
KJ: Dah kantoi la Fats
Sementara itu, pertikaian berhubung kesahihan dakwaan berkenaan pula berlarutan antara Zakhir dan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Zakhir sememangnya diketahui sering menyerang Khairy melalui tulisannya di blog dan Twitter dan tidak hairanlah jika Khairy mengambil mengambil peluang kali ini untuk memulangkan paku buah keras terhadap Zakhir.
Dalam satu tulisan di Twitter hari ini, Khairy mengulas saranan supaya Zakhir ditahan kerana menimbulkan dakwaan berkenaan.
Namun, secara sinis beliau berkata Zakhir tidak sepatutnya ditahan bawah ISA di pusat tahanan Kamunting kerana tindakan itu hanya akan membazirkan wang.
"Bazir je duit rakyat nak kasi anjing tu makan tiap2 hari kat Kamunting. Setakat sepinggan nasi mana cukup!
"Sudahlah nak cover line. Dah kantoi la Fats. Proven liar (dibuktikan penipu). Pi pig out (pergi mentekedarah) kat (restoran) The Loaf," kata Khairy di laman blog mikro itu.
- Wan Nor · Top Commenter
- Pensil Kalam · Top Commenter · UITS University
Tiada ulasan:
Catat Ulasan