Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 28 April 2011

Isu video : Peluang untuk tegakkan syariah sepenuhnya


Dengan munculnya video lucah ciptaan musuh islam maka kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah termasuk majlis ilmu serta usrah ianya sudah menjadi topik perbincangan hangat.

Kalu dulu usrah tak segar tapi bila isu ni timbul maka ruang perbincangan sesama ahli bertambah aktif. Para ustaz, nakib dan murabi pun akan merujuk kepada kitab muktabar dan mengambil pendapat ulama yang kuat dalam usaha menerangkan kepada ahli dan masyarakat kekeliruan dan kebimbangan mereka.

Ini perkara serious yang mesti dijelaskan dengan terang tanpa keraguan kepada rakyat. betapa pentingnya saksi dan hukum qazaf bagi yang menuduh tanpa bukti sahih dalam syariah islam..

Selagi tak dibicarakan di mahkamah syariah yang adil masakan pecinta islam akan percaya, apatah lagi si penuduh 3 orang itu kaki maksiat. Yang percaya tu pun jenis yang sama spesis dengan mereka. Percaya lah dengki mereka akan berterusan dan akan mengarah video dan adegan lain sampai Anwar tak larat. Tapi sampai bila?

Ngo islam dan mufti serta kadi jangan senyap jer. Begitu juga Dewan Ulama buatlah kenyataan akhbar bagi menerangkan isu ini supaya rakyat tak risau, bayangkan malu nak baca dan budak-budak nak tengok suratkhabar sekarang ni pun pelik semacam. Jangan sampai anak-anak kita pun keliru lalu bertanya " Ini suratkabar ke majalah lucah?"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan