Khamis, 7 April 2011
Penjelasan Tok Guru kes Video
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu dalam video salah laku seks yang menjadi isu hangat sekarang.
Nik Aziz berkata beliau difahamkan daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang menontonnya, video itu tidak memaparkan dengan jelas wajah lelaki dalam video yang dikatakan Anwar itu.
kerja menipu
“Kenapa muka tak nampak jelas? Tidak ada fokus ke muka lelaki ini, ini kerja menipu dan Allah akan melaknat orang yang terlibat dalam penyebaran video itu,” katanya di Kota Baru semalam.
“Video itu sengaja nak dedah aurat orang lain ke seluruh dunia, langsung tidak bermoral,” kata Menteri Besar Kelantan dipetik Sinar Harian.
Nik Aziz berkata rakyat negara ini diminta mengelak daripada media yang menyiarkan atau menayangkan gambar atau video yang mendedahkan keaiban.
Menurutnya, Islam mengajar supaya mengelak daripada gangguan syaitan ketika memasuki tandas atau ketika bersetubuh suami isteri.
“Begitu sekali Islam menjaga kita dengan meminta kita sendiri memohon Allah melindungi kita dari syaitan termasuk ketika kita mendedahkan aurat,” katanya.
“Tiba-tiba video yang mendedahkan aurat ini disebarkan ke seluruh dunia,” katanya lagi. TMI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan