Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 21 April 2011

Ashraf lagi...13 aduan salahlaku


Polis: SPRM hanya kerjasama selepas kematian Teoh

Seorang
pegawai kanan polis memberitahu suruhanjaya diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock bahawa hanya selepas kematian setiausaha politik DAP itu, barulah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerjasama dalam siasatan polis.

Dalam keterangannya, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam, DSP Kamaruddin Ismail, berkata, 20 kertas siasatan dibuka dari Mac 2005 hingga Julai 2009 berhubung aduan terhadap pegawai SPRM yang didakwa menggunakan kekerasaan ketika menjalankan soal siasat terhadap saksi.

Bagaimanapun, ia mengambil masa dua hingga empat tahun selepas aduan-aduan dibuat, untuk kawad cam diadakan untuk pengadu mengenalpasti pegawai terbabit kerana "kurangnya kerjasama dari SPRM".

Bagaimanapun, selepas kematian Teoh, SPRM secara tiba-tiba lebih bekerjasama, katanya disambut gelak ketawa mereka yang hadir.

Peguam Majlis Peguam, Cheow Wee bertanya kepada Kamaruddin sama ada beliau menyoal SPRM mengenai perkara itu, tetapi pengerusi suruhanjaya itu, Datuk James Foong mencelah, dan berkata: "Bukankah ianya sudah jelas?"

Foong bertanya: "Bolehkah kamu tunjukkan kes-kes di mana kamu sukar mendapat kerjasama SPRM?"

Kamaruddin menjawab beliau tidak begitu pasti, tetapi menegaskan bahawa dari pemantauannya, dia mendapati pegawai penyiasat SPRM mempunyai masalah untuk berkerjasama dengan polis.

"Bila mereka dipanggil datang ke balai polis itu (untuk dirakam kenyataan) mereka tidak datang dan pihak polis perlu pergi ke pejabat mereka untuk merakam kenyataan."

Pesuruhjaya T Selventhiranathan kemudiannya bertanya sama ada ianya "luar biasa" bagi pegawai badan pencegah rasuah itu tidak hadir walaupun atas arahan polis, Kamaruddin berkata: "Ya, mereka perlu hadir, tetapi mereka tidak...

"Dan, kerana mereka adalah kakitangan kerajaan, maka kami lebih berdiplomasi dan kami pergi ke tempat mereka untuk merakam kenyataan mereka."

Dalam tempoh empat tahun, kata Kamaruddin, polis mengadakan 13 kawad cam berubung siasatan mereka mengenai aduan terhadap SPRM.

kecederaan

Daripada 20 aduan yang dibuat terhadap SPRM Selangor, tambahnya, 13 adalah aduan terhadap penolong pegawai penguatkuasa SPRM, Mohd Ashraf Mohd Yunus kerana didakwa menyebabkan kecederaan terhadap pengadu.

Ashraf adalah salah seorang daripada beberapa pegawai SPRM Selangor yang menyoalsiasat Teoh berhubung dakwaaan penyelewengan dana oleh bosnya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Menurut Kamuruddin lagi, 20 kertas siasatan tersebut telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya, manakala 13 fail siasatan, belum lagi disiapkan dan tujuh ditanda 'NFA' atau tiada tindakan lanjut.

Ditanya mengapa kes-kes tersebut dikategorikan sebagai 'NFA', Kamaruddin berkata, terdapat beberapa sebab, antaranya kurang kerjasama dari SPRM dan sesetengah pengadu menarik balik aduan mereka. Baca berita penuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan