Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Rabu, 6 April 2011

Israel takut Hamas, negara yang bangkit

PM Ismail Haniyeh seorang jurutera antara pemimpin Hamas yang memenagi pilihanraya Palestin dan memerintah GAZA.

Israel sasar pemimpin Hamas

Pembantu Obama dedah dasar AS tak sokong pembentukan negara Palestin

BAITULMAQDIS: Tentera Israel dilaporkan menunggu lampu hijau untuk meneruskan operasi pembunuhan menyasarkan pemimpin dan aktivis yang dikaitkan dengan sayap tentera Hamas menyusuli kenyataan pembantu Presiden Barack Obama bahawa Amerika Syarikat konsisten menentang penubuhan negara Palestin.
Perkembangan ini berlaku menjelang misi baru ke Gaza oleh aktivis antarabangsa yang mahu menamatkan sekatan Israel terhadap wilayah Palestin itu.Satu laporan yang disiarkan Ynet dalam versi Hebrew kelmarin, memetik seorang pengulas tentera, Ron Bin Yeshay sebagai berkata, langkah menyambung semula pembunuhan adalah usaha untuk menghadapi penentangan pejuang Palestin, dua tahun selepas perang dilancarkan terhadap semenanjung Gaza.

Yeshay berkata, keputusan untuk meneruskan operasi ini ke peringkat seterusnya dibuat baru-baru ini pada mesyuarat peringkat kementerian kecil yang diketuai Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Turut hadir adalah pemimpin pasukan keselamatan Israel.

Netanyahu dilaporkan tidak mahu menghebahkan idea pelancaran operasi ketenteraan itu.

Berdasarkan kenyataan Yeshay, sekiranya Hamas meningkatkan operasi terhadap Israel, tentera Yahudi akan digunakan untuk menyasarkan pemimpin politik pergerakan itu.
Selain itu katanya, agensi perisikan Israel berharap pembunuhan terbabit akan memaksa Hamas menghalang Palestin daripada melancarkan roket ke kawasan Israel.

Yeshay memberi amaran bahawa sebarang bentuk provokasi berkenaan akan menyebabkan pendatang Yahudi tidak jauh dari Gaza terdedah kepada serangan roket pejuang selain menjejaskan peluang untuk menukar tahanan dengan Hamas.

Di WASHINGTON, pembantu Obama, Dennis Ross menegaskan bahawa sebuah negara Palestin tidak akan dibentuk oleh satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tetapi hanya melalui perjanjian tentera Israel dapat menerima penubuhannya. Pihak berkuasa Palestin mendesak pengesahan pada peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, usaha berkenaan bukan bertujuan menjejaskan rundingan dengan Israel tetapi berpunca daripada rundingan yang tergendala pada September lalu selepas rejim Zionis itu menyambung semula pembinaan penempatan.

Pihak berkuasa Israel berulang kali menegaskan bahawa perjanjian damai berkenaan tidak mungkin dan kebanyakan dalam kerajaan tidak membenarkan penubuhan negara Palestin.

Pada awal 2009, Presiden Obama pernah bercakap mengenai kemungkinan untuk membenarkan ‘pembubaran tentera’ negara Palestin tetapi selepas beberapa usaha untuk meyakinkan kerajaan Israel bagi menghentikan peluasan penempatan mereka ke wilayah itu gagal, idea berkenaan kemudiannya digugurkan. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan