Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 28 April 2011

Kebangkitan Rakyat Syria

Syria semakin berdarah




DAMSYIK - Kemaraan ribuan tentera menaiki kereta kebal ke bandar-bandar di Syria sambil melepaskan tembakan rambang mencetuskan panik dalam kalangan penunjuk perasaan antikerajaan negara itu, semalam.

Konflik politik negara Timur Tengah itu semakin meruncing apabila tentera dikerah menyerang penunjuk perasaan menggunakan peluru hidup, kelmarin, dengan puluhan mayat masih bergelimpangan di jalan raya sehingga semalam.

Menurut kumpulan hak asasi negara itu, sekurang-kurangnya 400 penunjuk perasaan terbunuh akibat penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa sejak protes bermula, bulan lalu bagi menentang pemerintahan Presiden Bashar Assad.

Kerajaan Assad baru-baru ini menamatkan perintah darurat yang diguna pakai di negara itu sejak 48 tahun lalu tetapi mengubah perlembagaan dan menuntut orang awam mendapatkan permit sebelum mengadakan sebarang demonstrasi.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mula merangka usul mengecam keganasan di Syria dan akan menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan