Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Khamis, 21 April 2011

PENGAKUAN CALON BEBAS PRN SARAWAK YANG MEREKA DI TAJA OLEH UMNO



SIBU 20 April - Seramai 16 lelaki mendakwa ditipu oleh dua orang yang kononnya mewakili UMNO untuk memilih mereka ini menjadi calon parti itu pada pilihan raya negeri 16 April lepas.

Seorang daripada mereka, Joseph anak Lebun, 27, mendakwa mereka dijanjikan RM1 juta tiap seorang sebagai perbelanjaan pilihan raya dan RM250,000 sebagai wang jaminan sama ada kalah atau menang apabila bertanding.

Ketika dihubungi Abu Nawas hari ini, Joseph berkata, mereka telah menjalani tapisan peluang kemenangan oleh dua lelaki yang mendakwa mewakili sebuah badan dikenali sebagai Jawatankuasa Penajaan UMNO Sarawak (JPUNS).

UMNO tidak mempunyai cawangannya di Sarawak. Joseph, yang mendakwa dipilih untuk bertanding bagi kerusi Katibas, berkata, beliau telah meletak jawatan sebagai pekerja luar pesisir di Singapura kerana begitu terpengaruh oleh pujukan seorang daripada lelaki berkenaan.

"Saya membelanjakan hampir RM50,000 wang sendiri sebagai persiapan menghadapi pilihan raya itu sejak enam bulan lepas,” katanya.

Malah katanya, mereka telah mengisi borang penclonan tetapi dua hari menjelang hari penamaan calon, mereka menerima SMS berbunyi “Kitak Tak Jadi Bertanding” (Kamu Tak Jadi Bertanding)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan