Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 17 April 2011

Bingung kenyataan sebelum dan selepas PRN Sarawak

BN separuh mati berkempen di Sarawak untuk menyelamatkan Taib balak dan tanah Sarawak.


Pandai polis. Polis pandai main politik. Main politik juga menjadi kerja utama polis. Rakyat diberikan dengan seberapa banyak tanda soal.

Hari ini polis berkata laporan siasatan telah selesai. Kasihan polis telah besusah payah menyiasat filem porno Thai angkara 3 T-Temberang yang juga pengedar dan penayang berlesen pertama Malaysia.

Polis menimbulkan persoalan pertama dengan mengesahkan hanya video lucah tulen. Tobat! kalau Anwar, akan disebutkan itu Anwar.

Selepas itu berkaitan jam omega. Iklan free untuk syarikat Omega. Ada pula kad pendaftaran jam. Mana datangnya. Hari ini polis berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam. Tidak mempunyai kuasa??? Hangpa gelak dulu...polis chap ayamkah?? Tak boleh memaksa. Tempoh seminggu juga diberikan kepada pengedar jam. Ishh....takkan lama benar pengedar jam untuk berkata 'tidak'. Tak main politik ke tu? Siapa bos polis. Hishamuddin. Siapa bos Hishamuddin. Najib. Najib dan Hishammuddin bukan Umnokah!!

Kini polis juga berkata, pemilik jam bukan sesuatu isu pula, sebabnya pilihanraya Sarawak dah selesai. Sebelum ini digegerkan siapa pemilik Omega, siapa pemilik Omega!! Ini supaya dalam kepala karat rakyat Sarawak, Anwar! Anwar pemiliknya.

Tobat! Tobat kalau itu video Anwar, akan didedahkan sebelum pilihanraya Sarawak. Najib, Muhyiddin separuh mati berkempen di Sarawak untuk Taib/taik balak dan tanah Sarawak.

Kalau hangpa curi basikal....sumpah, polis tak main politik. Kalau hangpa curi getah sekerap Pak Ali belakang rumah, sumpah, polis tak main politik. Hangpa kena penjara tau!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan