Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Ahad, 10 April 2011

Lagi anggota beruniform mati, asyik-asyik kata 'mangsa bunuh diri'


Konstabel polis ditemui mati dengan kesan tembakan

KUALA LUMPUR, 10 April — Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditemui mati dengan satu kesan tembakan di kepala di kuarters balai polis Salak Selatan di sini, hari ini.

Mangsa berusia 23 tahun itu adalah anggota di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dan ditemui tertiarap berlumuran darah di biliknya di tingkat sembilan kuarters berkenaan, kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata sebelum kejadian, jiran mangsa terdengar bunyi satu das tembakan dilepaskan sekitar 8 pagi.

Ku berkata, polis turut menemui sepucuk pistol jenis .38 berhampiran mangsa.

“Siasatan awal, polis tidak menemui unsur jenayah pada badan mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mangsa yang berasal dari Perak itu masih bujang dan sudah berkhidmat lima tahun dalam pasukan polis tanpa sebarang masalah disiplin,” katanya.

Mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan