Ada juga pak pak imam yang berwirid selepas solat subuh dengan wirid yang mengajak para jemaah untuk menjadi umat yang mendengar dan mentaati serta umat yang sentiasa patuh dengan perintah ALLAH yang antara lain mahukan "haq" itu dipertahankan tetapi kemudiannya dengan angkuh bersetuju dengan penipuan yang dilakukan BN. Sudah menjadi kefahaman umum bahawa kalau tidak menipu itu bukanlah BN, jadi keluhan mengenai penipuan di Serawak bukan satu yang baru lagi bagi kita semua, warganegara Malaysia dan selagi BN dibiarkan menerajui negara maka penipuan penipuan ini tidak akan berakhir.
Dulu dulu, ketika BN utuh dan kuat, penipuan sudahpun berlaku. Ada pegawai pegawai SPR yang sudah bersara membuat pengakuan bagaiman penglibatan mereka dalam rancangan licik menipu ketika mengundi. Malah ada yang secara terbuka mengakui perbuatan mereka dulu dulu merupakan satu kesalahan jenayah terhadap rakyat Malaysia.
Ada juga petugas yang diupah khusus oleh BN untuk melakukan penipuan tampil membuat pengakuan bagaimana mereka menjalankan modus operandi penipuan ini. Ada pegawai kerajaan yang sudah bersara yang menceritakan bagaimana mereka menyembur semula kenderaan kenderaan kerajaan semata mata untuk digunakan sebagai kenderaan BN ketika pilihanraya.
Jadi apa yang nak dihairankan lagi dengan rungutan ini? Kalau penipuan dulu dulu disembunyikan dan didedahkan oleh mereka yang terlibat tetapi penipuan zaman sekarang jauh lebih terbuka. Di Tenang, bot-bot pertahanan awam, bomba dan askar yang dimiliki oleh rakyat digunakan secara terbuka untuk mengangkut pengundi ketika Tenang dilanda banjir dan mana mana pengundi yang dikenal pasti sebagai pengundi PR ditinggalkan. Bukankah ini juga penipuan yang tidak boleh diselindungi lagi malah menggunakan wang rakyat untuk memenangkan BN?
IC untuk pendatang asing atau disebut projek IC dibuat oleh Tun Mahadir dulu kini diteruskan dengan memberi pula kebenaran kepada pemilik IC hijau di Serawak (penduduk tetap) untuk mengundi sedangkan undang undang menyatakan dengan tegas bahawa mereka mereka ini tidak layak mengundi.
Borang 14 juga bukan perkara baru kerana modus operandinya sama dengan kejadian di Terengganu pada tahun 2004 dulu.
Pendek kata semua dakwaan dan rugutan penipuan ini boleh diterima sebagai benar dan ianya semacam tidak akan berakhir selagi BN masih ada. Tiada keraguan mengenainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan