Anggota polis bantuan di KL Sentral hari ini menahan 11 orang - lapan pelajar dan tiga wartawan - selepas satu sidang media di hab pengangkutan awam itu pagi tadi.
Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu, anggota polis berkenaan mengarahkan pelajar tersebut supaya jangan berkumpul dalam kompleks pengangkutan awam.
Bagaimanapun, walaupun pelajar berkenaan bersurai seperti yang
diarah, tetapi lapan daripada mereka ditangkap ketika hendak meninggalkan stesen tersebut bersama tiga orang wartawan.
“Mereka ditahan selepas kami telahpun teredar. Malah, ada antaranya ditahan ketika hendak masuk ke dalam keretapi apabila mereka dipanggil dan ditahan," kata jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Kamaruddin (kanan).
Katanya, mereka diberitahu yang mereka ditahan kerana menyertai perhimpunan.
Sementara itu, KeadilanDaily melaporkan, kad pengenalan tiga wartawan dan lapan pelajar tersebut dirampas oleh anggota polis bantuan berkenaan.
Mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Jalan Travers.
Tiga wartawan tersebut adalah dari KeadilanDaily yang berada di sana untuk menghadiri sidang media program Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat berkomuter dari KL Sentral ke Seremban.
Program itu dianjurkan oleh SMM. Turut sama ditahan, menurut KeadilanDaily, ialah seorang jurugambar dari TV Selangor.
Tahniah kepada anak muda yang BERANI bangkit
sumber klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan