Post Terbaik Blog

Pengikut ana

Jumaat, 8 April 2011

Jangan Lupa Jasa Anwar Kembalikan Carcosa Seri Negara - Tunku 'Abidin Muhriz


Ini adalah petikan daripada ucapan Tunku 'Abidin Muhriz di Carcosa Seri Negara ketika melancarkan bukunya baru-baru ini di situ:

" Indeed, I suspect even more people would want to forget that it was Datuk Seri Anwar Ibrahim who successfully 'reclaimed' the building"

Jangan pula kita lupa jasa Anwar dalam mengembalikan semula Carcosa Seri negara tersebut ke tangan kita daripada tangan pihak British, mungkin itulah maksud ucapan Tunku 'Abidin Muhriz.

Adakah pemilihan skandal seks yang dituduh kepada ketua pembangkang di situ sebagai satu usaha mengenangkan jasa Anwar?, boleh tanya Trio Skandal Video seks untuk ketahuinya.

Baca ucapan penuh beliau di sini.

Putera kepada Yang Di Pertua Besar Negeri Sembilan ini merupakan presiden kepada Institute For Democracy and Economic Affairs, www.ideas.org.my dan merupakan anak muda keturunan raja yang amat berbakat dalam mengenengahkan idea-idea dan perjuangan demokrasi.

Marilah kita sama-sama berusaha membangunkan negara kita melalui demokrasi yang telus dan bersih dari skandal tuduh menuduh. Hentikan usaha menjatuhkan lawan dengan tuduhan serta skandal kotor dan lucah. Bila negara nak matang jika berterusan begini?

Persatuan pelajar muslim UM hari ini menggesa agar majlis fatwa bekangsaan menyatakan pendirian mereka dalam isu politik lucah yang semakin menjadi-jadi di dalam masyarakat politik kita. Baca kat sini.


Sesuatu mesti segera dilakukan bagi menghentikan tabiat menjatuhkan lawan dengan isu kotor yang nampaknya menjadi suatu ketagihan. kalau baca blog-blog politik dari kalangan pro BN/Umno, banyak yang mengamalkan politik fitnah kotor dan lucah dengan bahasa-bahasa yang kesat dan kotor.

Tak lalu nak membacanya tetapi nampaknya mereka semakin menjadi-jadi. Cuba tengok blog pro Umno kat sini, gambar-gambar lucah macam di sebelah dipaparkan sepuas dan sesuka hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan